Saturday, July 30, 2011

'Orang nak sambut ramadhan, aku pun nak gakk!!...'

bismillah...

rAmadhAn...

antara ayat2 cliche' yang akan terus diulang tika menjelangnya ramadhan saban tahun...

"laa...dah dekat rupanya. tak sabarnya nak Ramadhan tahun nii.."

"tahun ni kan..aku nak ibadah sungguh2, xnak tinggal puasa, terawih, qiamullail.."

" aku pulak nak kurangkan makan laa.. pergi bazaar ramadhan, seminggu 3 kali je.."

"aku x nak terlibat dengan benda2 lagha lagi dah..."


haa selalu kan ayat2 nii bermain-main di telinga kita..
hmm..apa masalah dengan ayat2 ni?? salah ke sebut benda-benda baik ni??
x...x salah sikit pun...
tapi, apa yang ingin diketengahkan kat sini, sejauh mana kita benar2 ikhlas dan bermaksud untuk menuturkannya..
sejauh mana kita akan melaksanakan apa yang kita tuturkan itu..
tak guna angan2 setinggi langit kalau runtuh di tengah jalan..
tak guna cita2 berapi-api andai terpadam begitu sahaja..
tapi jom tengok sejauh mana penghayatan kita untuk menyambut bulan barakah ini..

ramadhan sebenarnya menuntut sebuah semangat yang lahir daripada penghayatan dan kefahaman yang mendalam akan apa sebenarnya ramadhan itu sendiri..
semangat yang setinggi langit pun x guna andai kita tiada ilmu dan tiada penghayatan akan apa yang bakal kita jumpa ini..
jangan bina semangat dengan hanya melihat sahabat kita bersungguh-sungguh nak sambut ramadhan..sebaliknya cuba fahami dan hayati apa sebenarnya ramadhan itu...
cuba belajar kenapa kita perlu berpuasa dan apa yang kita dapat dari berpuasa...??
cuba tanya kenapa kena gembira nak sambut ramadhan?? apa yang ada di dalamnya...??

kalau semangat yang kita pasakkan itu atas dasar kefaham dan kemahuan yang sungguh-sungguh nak menghidupkan ramadhan...insyaAllah sebulan kita berpuasa penuh nikmatnya.. bukan setakat bulan puasa, tapi kita mampu meneruskan momentum kita ke bulan-bulan lain pula..
jAngan jadi
'orang nak ramadhan aku pun nak ramadhan jugakk'...hasilnya, orang dapat ramadhan..tapi kita, habuk pun tarak...

Wednesday, June 22, 2011

di saat penat study...

bismillaH..

alhamdulillah..2 paper dah abes...esok oral pulak...n pastu histology n biochemistry..
banyaknya nak kena cover...dan disepanjang tu laa..
mcm2 xtvt dilakukan dgn niat nak me'release' tension...
dan salah satu daripadanya....

TARAA..!!


sepanjang proses pembikinan....


haa...jenuh nak melipat...macam2 saiz ada..
xpe2..pasni nak try buat cendol plak..=)

Tuesday, May 24, 2011

buat mujahid kecil di bumi anbia'

Bismillah

sahabat...
aku sedar aku bukanlah orang yg terbaik untuk berbicara soal ini,
tetapi x salah rasanya andai suara hati ini dapat diluah agar mnjadi tatapan bersama...

sahabat...
hampir setahun lamanya kita berkelana di bumi anbia' ini,
bersama menongkah badai kehidupan...
bersama mengharungi jerih sebuah perjalanan..
dan selama itulah kita terus bersama meneruskan perjuangan ini...

dan perjuangan ini bukanlah satu perjuangan yang mudah, perjuangan yang menuntut seribu satu pengorbanan. apatah lagi dengan peperiksaan yang makin mendekat...Ayuh kita nilai, sejauh mana persediaan kita untuk peperiksaan ini...

Adakah hari2 kita masih ceria ditemani 'facebook'..?
Adakah tidur kita masih enak sampai ke tengahari...?
Adakah malam2 kita masih meriah ditemani 'movie'...?
Adakah buku2 kita masih kemas tersimpan rapi..?
Adakah masa yang berbaki kita manfaatkan sepenuhnya..?

wahai sahabat..bangkitlah!!!
ayuh kenang kembali janji kita kepada keluarga...
ayuh ingat kembali tekad yang pernah di genggam di hati..
ayuh hidupkan kembali semangat yang dulunya berapi...
ayuh jadikan malam2 kita sebagai waktu terbaik bersujud kepada Ilahi..

andai ada yang terlupa, ayuh kita ingatkan...andai ada yang tersasar, ayuh kita betulkan...
agar perjuangan ini dapat kita teruskan bersama, tiada yang keciciran dan tiada yang ketinggalan...agar 6 tahun lagi kita akan pulang bersama...menggenggam segulung ijazah...

Jom MUMTAZ untuk UMMAH...!!!
All da best for da final..!! ganbaTTE... =)

Saturday, May 14, 2011

Rumah Baru

Bismillah...

fuh....
2 bulan x menaip...memang konfem berkarat n berhabuk laaa..
dan sepanjang 2 bulan inilah, banyak benda yang dah jadi...
dan satu daripadanya....

jeng...jeng..jeng...!!!




haa...dah pindah rumah baru dah...
harapnya lepas ni..x la lewat lagi dah ke kelas..sebab dah dekat dengan U kan...



hmm alang2 dah menulis kan...
Khas buat ibu tercintA..
Puan Rasheqah abdul Razak..
Selamat hari ibu diucapkan..harapnya x terlambat la kan...
terima kasih atas segalanya...
terima kasih kerana sudi menjadi tempat untuk ku menumpang kasih sayang..

What "Mother" Means

"Mother" is such a simple word,
But to me there’s meaning seldo
m heard.
For everything I am today,
My mother’s love showed me the way.

I’ll love my mother all my days,
For enriching my life in so many ways.
She set me straight and then set me free,
And that’s what the word "mother" means to me.

Thanks for being a wonderful mother, Mom




Friday, March 25, 2011

Jom muhasabah..!!

Bismillah...

19 September 2010 - 25 Mac 2011....

Mengimbau kembali 6 bulan yang lalu,
saat pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi 'revolusi' ini,
terasa segalanya begitu asing bagiku,
Sesuatu yang tidak pernah tergambar di benak fikiranku...
Angin yang menghembus juga, begitu kasar rasanya...
Entahlah... lain benar rasanya disini...
tapi, kelainan itulah yang aku jadikan modal untuk menimba sebanyak mungkin ilmu di bumi anbia' ini...
Kupasakkan sekukuhnya keyakinan dan tekad di hati, agar 6 tahun setengah aku di sini, aku bisa menjadi manusia.
Aku bisa mengenal hakikat penciptaan aku sebagai khalifah di muka bumi ini...
Dan langkah pertama aku mulakan...dengan 1001 keazaman....


dan kini....
6 bulan telah berlalu...
6 bulan!! Bukan tempoh yang pendek, bukan tempoh yang singkat,
namun segalanya berlalu bagai angin pagi yang menderu...
dan kini masanya untuk aku bermuhasabah...
meneliti kembali di manakah janji dan azam yang telah aku bina suatu ketika dahulu..
pabila diteliti kembali hasil yang telah aku perolehi sepanjang 6 bulan di sini...
aku menangis sendirian,
DAN tangisan ini BUKANLAH tangisan sebuah kejayaan,
rasanya 6 bulan telah aku habiskan begitu sahaja,
mungkin aku pada 6 bulan dulu tidak banyak bezanya dengan aku yang sekarang..
dan itulah yang merisaukan aku..
entah ke mana terbangnya semangat aku yang dahulu,
entah ke mana hanyutnya azam yang aku pasakkan..
ia berlalu begitu sahaja. Meninggalkan aku yang masih terkial-kial di sini...

DAN kini tiba masanya...
bukan mereka sahaja yang bisa ber'revolusi'...
bukan mereka saja yang bisa berubah...!!
aku juga tidak harus ketinggalan...

' ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri'....

ingin ku panaskan kembali semangat yang pernah bernyala suatu ketika dahulu,
ingin ku perbaharui kembali niat yang terpasak di dada..
agar masa mendatang terus aku hadapi dengan cemerlang...
akan ku pastikan suatu hari nanti,
pulangnya aku bukan hanya menggengam segulung ijazah kedoktoran...
tetapi bersama-sama selaut ilmu di dada...
ilmu yang bukan hanya menjanjikan kejayaan di dunia...
bahkan juga di akhirat
insyaALLAH...

Monday, March 7, 2011

sesekali mengetuk...

Bismillah....

wahh...3 bulan blog ni menyepi...
entah mengapa, terasa berat sangat tgn ni nak menaip...sepatah pun berhari2 lamanya...

alhamdulillah...sebulan dok kt umah, esok tiba la masa yg dinanti-nantikan (xtually xpn..)
esk insyaAllah tepat 5.30 pg, berangkat la kami sekapal balik k Mesir. apa agknya khabar d sana...rumah yg kutinggalkan tanpa berita, mesti dh depenuhi debu setebal 3 inci...

dan yang pastinya..Mesir yg bakal ku lihat adalah mesir yg berbeza... harapnya Mesir yg baru ini lebih ceria dengan warna-warni kemenangan..dan sesungguhnya, aku amat merindui deru angin shita' (winter) di sana..harapnya syita' kan terus sabar menanti kepulanganku...

dan kali ni,
perpisahan itu kan berlaku lagi...
kepulanganku 3 minggu lalu ternyata menambahkan lgi keceriaan di rumah.. mana taknya,
yang tinggal cuma mak n ayah aku n sorang adik aku je..
adik2 ku yang lain,
merantau jauh ke tempat orang..
hmm terasa indahnya waktu dulu..menghabiskan masa bergaduh n bertengkar dgn adik2...
walau kedengaran agak kasar, tapi ketahuilah..itu yg amat aku rindukan...
walau apa pun, masa berubah, dan segalanya terpaksa berubah tanda patuh kepada masa lalu,
yang tinggal kini hanya kenangan yang tersemat kemas dalam kotak memoriku...

Selamat Tinggal Malaysia..
doakan aku berjaya d tempat orang...=)




Wednesday, December 29, 2010

coretan dari hati...

khas buatmu....2010

2010...
Berdiri di pusaramu, mengingatkan aku bahawa perpisahan ini adalah untuk selamanya. Ikatan yang telah terbina, kini terlerai sampai bila2. Walau sekuat mana aku berusaha, kita tak mungkin akan bersama lagi...

biarlah....

memang takdir telah sedia tertulis, yang bertemu pasti kan berpisah...begitu juga halnya kita,
Alangkah banyaknya yang telah kau anugerahkan sepanjang perkenalan singkat kita 365 hari yang lalu. Banyak riang dan tawa atas kejayaan yang terlakar. begitu juga dengan tangis dan sendu menyoroti perpisahan dan kekecewaan yang berlaku. Segalanya kan pergi, meninggalkanku. Yang tinggal hanya secebis memori sebagai peneman malamku.
Saat pahit manis yang telah kita lakar bersama kan ku simpan kemas dalam kotak memoriku.


2010..
Dalam perkenalan itu dahulu, kau sempat menghadiahkan ku usia tua dan secalit kematangan. Tidak kurang juga parut2 kepayahan dan kejerihan sebagai bekalan untuk aku harungi masa depan yang entah bagaimana likunya. Jika hari ini aku masih terus lalai bergelak tawa dan bersorak sorai, bagaimana pula nasibnya masa depanku? pastinya kelam, menunggu kehancuran.. Ingatlah..'Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung'
Jangan takut untuk memandang masa lalu. Kerana di situ bersemadi kesalahan yang telah dilakukan.

2010...
Dalam mengharungi manisnya detik bersamamu dahulu, banyak dosa yang telah terpalit. Terasa hinanya diri ini pabila menghadap yang Maha Esa. Banyak kelalaian yang sengaja dicipta, dan natijahnya..terasa jauhnya diri dengan tuhan walau segunung peringatan telah dialir. Wahai tuhan, kau sinarilah hati ini dengan pancaran hidayahmu agar hati ini tidak mati dari mengingatiMu.

2010...
Eratnya dakapanmu membuatkan aku sentiasa diawangan. Kau racuni minda dan jiwaku. Kau bius mindaku seolah2 aku kan hidup selamanya sehingga aku lupa. Lupa bahawa aku dicipta semata-mata untuk menjadi hamba pada-Nya. Bersamamu, terasa bahagianya hidup. Akan tetapi aku lupa, hidup ini bakal bertemu dengan noktahnya. Entah siapa pun yang tahu bila janjinya. dan kelupaan inilah yang mendorong aku untuk terus hidup dan hidup tanpa secalit pun rasa bimbang akan hari yang bakal menjemput ku ke alam yang lain.

2010..
Kau juga telah mengajarku akan peritnya sebuah kehidupan. Kau tunjukkan aku, kejayaan semanis madu takkan dicapai tanpa adanya usaha sepahit hempedu. Bekalan ini akan sentiasa aku jamah, agar aku tak mudah menangis andai jatuh tersungkur dan tak mudah rebah andai ditiup badai menggila.


2010..
kukira cukuplah coretan buatmu kali ini. Salam permisi ku pohon kepadamu. Doakan agar aku bisa lebih cekal melangkah di atas pentas kehidupan yang penuh pancaroba ini. Izinkan aku mengatur salam terakhir buatmu. Semoga kau terus bersemadi dengan aman.

Sayup2 kejauhan..kulihat 2011 sedang galak melambai.........





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...