Thursday, August 18, 2011

selangkah mendekati maut...


Alhamdulillah... pejam celik pejam celik dah 19 aku rupanya...
cepatnyaaa...
mak aku kata dah besaq anak dia yg sorang ni, boleh cari jodoh dah katannya..
dan jawapan aku 'tak dak calon lagi laa'...tunggu duluu...
mak aku suruh cari cepat2 bukan apa, nanti takut tua sangat x laku, haha macam anak dara la pulak...





tak lama dah..=)


haha biarkan persoalan kahwin tu dulu, maleh nak pikir lagi..baru 19 kann,
nak rasa hidup orang muda dulu..cewahhh


tahun ini aku melangkah 19 tahun,
dan langkaham yang ke-19 ni lain benar rasanya, melangkah sebagai seorang pelajar perubatan yang nak masuk tahun 2..alhamdulillah
terasa hidupku berubah benar rasanya, yela sampai bila nak sama mcm dulu2 kan..
kalau dulu bbuka n bsahur juz tunggu mak siapkan makanan je,
tapi sekarang, dari pergi pasar sampai basuh pinggan kena buat sendiri, ceyy bunyi mcm teruk sgt je..
kena kemas rumah sendiri, beli baju raya sendiri, dan semua lagi laa sendiri..
almaklumlah orang merantau la katakan..


dan apa yang bakal berbeza juga tahun ni, aidilfitri...
untuk pertama kalinya..aku x pulang beraya kat kampung..waa...!!!
insyaAllah 20 ogos ni berangkat ke tanah haram menunaikan umrah..
alhamdulillah kesedihan x dapat beraya di kampung terubat gak dengan kegembiraan aidilfitri di tanah haram..
harap semuanya dipermudahkan..amin,,,=)


sayup-sayup kelihatan....lambaian kaabah



dan untuk yang terakhirnya..
salam lebaran buat seluruh keluarga di kampung (aku duduk di taman sebenarnya)..
buat mama n ayah, berjuta keampunan ku pohon atas salah dan silap selama ni,
maafkan afiq kalau ada mengguris hati kalian selama ni..
tahun depan boleh laa kita beraya sekali..
semoga kalian berbahagia di lebaran ni...xpa afiq sorang ja xdak, adik2 ada lagi,..=)

lots of love... aidilfitri last year...



Selamat hari raya Aidilfitri

salam perantauan dariku...=)

Sunday, August 7, 2011

Untungnya kamu..!!

Tahniah..!!

Sekali lagi Allah sampaikan ramadhan kepada kamu,

Kamu tahu tak mahalnya ramadhan ni?

bukan semua orang dapat macam kamu tau tak,

Tapi bila ramadhan datang, kamu lalai jugak,

Suruhan Allah kamu buat setengah kamu tinggal setengah,

Larangan Allah kamu buat acuh tak acuh je,

Ini layanan kamu terhadap ramadhan?


kadang-kadang kamu merungut,

sukarnya ramadhan,

ini tak boleh itu tak boleh,

bukan setakat puasa mulut, mata hidung hati pun kena,

malam pula ada terawih,

bacanya panjang, penat berdiri,

Allah beri kamu peluang begini pun kamu masih terus merungut lagi?


Ingat lagi tak timbunan dosa yang kamu kumpul dulu,

Bila diberi ingat kamu lupa,

Bila ditegur kamu melenting,

Akhirnya kamu terus-terusan mengulang dosa lama,

Menunggu ‘malaikat’ turun agaknya, baru nak sedar.


Jadinya,

Ramadhan ni la yang perlu kamu manfaatkan sepenuhnya,

Ingat Allah beri kamu ramadhan untuk berlapar semata-mata? Tidak.

lihat, ‘Sang pemberi’ masih sayang akan hambanya,

Allah masih beri kamu peluang bertaubat,

Biar empatbelas gunung tingginya dosa yang kamu buat,

Allah masih sayangkan kamu,

Dibuka seluas-luasnya pintu syurga,

Ditutup serapat-rapatnya pintu neraka,

kenapa? Untuk beri peluang kamu bertaubat wahai pendosa...

Maka marilah kita yang masih hidup,

Sama-sama kita muhasabah kembali,

Ambil peluang keemasan ini, kita buru ganjaran Allah,

Jadikan ini medan perubahan kita..

JOM..!!


p/s : teguran buat diri sendiri....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...