Saturday, July 30, 2011

'Orang nak sambut ramadhan, aku pun nak gakk!!...'

bismillah...

rAmadhAn...

antara ayat2 cliche' yang akan terus diulang tika menjelangnya ramadhan saban tahun...

"laa...dah dekat rupanya. tak sabarnya nak Ramadhan tahun nii.."

"tahun ni kan..aku nak ibadah sungguh2, xnak tinggal puasa, terawih, qiamullail.."

" aku pulak nak kurangkan makan laa.. pergi bazaar ramadhan, seminggu 3 kali je.."

"aku x nak terlibat dengan benda2 lagha lagi dah..."


haa selalu kan ayat2 nii bermain-main di telinga kita..
hmm..apa masalah dengan ayat2 ni?? salah ke sebut benda-benda baik ni??
x...x salah sikit pun...
tapi, apa yang ingin diketengahkan kat sini, sejauh mana kita benar2 ikhlas dan bermaksud untuk menuturkannya..
sejauh mana kita akan melaksanakan apa yang kita tuturkan itu..
tak guna angan2 setinggi langit kalau runtuh di tengah jalan..
tak guna cita2 berapi-api andai terpadam begitu sahaja..
tapi jom tengok sejauh mana penghayatan kita untuk menyambut bulan barakah ini..

ramadhan sebenarnya menuntut sebuah semangat yang lahir daripada penghayatan dan kefahaman yang mendalam akan apa sebenarnya ramadhan itu sendiri..
semangat yang setinggi langit pun x guna andai kita tiada ilmu dan tiada penghayatan akan apa yang bakal kita jumpa ini..
jangan bina semangat dengan hanya melihat sahabat kita bersungguh-sungguh nak sambut ramadhan..sebaliknya cuba fahami dan hayati apa sebenarnya ramadhan itu...
cuba belajar kenapa kita perlu berpuasa dan apa yang kita dapat dari berpuasa...??
cuba tanya kenapa kena gembira nak sambut ramadhan?? apa yang ada di dalamnya...??

kalau semangat yang kita pasakkan itu atas dasar kefaham dan kemahuan yang sungguh-sungguh nak menghidupkan ramadhan...insyaAllah sebulan kita berpuasa penuh nikmatnya.. bukan setakat bulan puasa, tapi kita mampu meneruskan momentum kita ke bulan-bulan lain pula..
jAngan jadi
'orang nak ramadhan aku pun nak ramadhan jugakk'...hasilnya, orang dapat ramadhan..tapi kita, habuk pun tarak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...