Wednesday, September 21, 2011

Hantu bonceng

Bismillah...



thokk..!! thokk..!! yaa fenomena terbaru.. x pernah tengok lagi k?? wahh ruginya...cepat tengok!! x up to date langsung laa korang nii...

biasalah. Bila keluar filem baru yang ada 'tagline' pelik2 ni..suka sangat laa kita nak ikut.. padahal jalan ceritanya hampeh..
Hambar. Bosan. xde mesej...
Dah habis idea ke dorang nii...?? Hinggakan agama pun jadi bahan gelak tawa. Sampai bila la agaknya hantu 'lawak' ni akan terus menghantui dunia perfileman kita. sebab tu laa banyak sangat dah hantu dok ada kt Malaysia nii.

Dengarnya meletup habis kat Malaysia. 8.35 juta kutipannya. Bangga benar tuan pengarahnya.
Jadi aku pun tengok laa.. cess menyakitkan hati je tengok. Mungkin ramai yang kata "Ala, hang ambik mana yang baik dah laa, mana yang buruk tinggalkan".

Amboi sedapnya... Rendahnya sensitiviti agama korang. Kalau korang boleh bertengkar Malaysia pernah dijajah ke tidak, kenapa dalam bab agama ni korang relakan je? kalau korang beriya pertahankan Mat Lela tu pejuang rakyat, kenapa xde sesiapa pun pertahankan kesucian agama bila adegan2 macam ni dipertontonkan. Ceh memualkan. Nak melawak tu x salah, tapi jangan la agama pulak jadi modalnya.

Yang aku x pahamnya, mcam mana laa dorang katakan watak zizan dalam cerita tu boleh berubah jadi baik? Istighfar pun jadi bahan mainan. Yang adik si ustaz tu pun satu.. Ya Allah gelinya aku tengok. Bercakap bab agama pandai, tapi pakainya..masyaAllah boleh tergugat iman. Yang bersekedudukan jantan betina pun boleh berpesan suruh solat lagi tuu... wahh amar makruf sungguh dorang nii.... kalau solat, xdenya nak buat benda-benda macam tu... Macam ni ke sikap orang yang menjaga solat??

hmm untuk yang terakhirnya, jom kita tengok apa kata tuan pengarah..

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak.

Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama.

Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain.


p/s : aku cukup menyampah dengan panggilan 'baby' , 'bucuk' dalam cerita nii... grrr...

Wednesday, September 7, 2011

Kenangan Terindah...

Bismillah...

alhamdulillah...hamba kerdil ini masih diberi peluang untuk terus bernafas, bernafaslah selagi mana kamu mampu, tapi ingat...kamu bukan hidup untuk selamanya...!!

Dan pagi ini aku terus diberi peluang menghirup udara Mesir, lebih nyaman ku kira jika dibandingkan dengan Mekah.. siangnya sekitar 45-50 °c agaknya.. Panas. Memang panas..
tapi apalah kiranya panas itu andai dibandingkan dengan manisnya peluang beribadah di masjidilharam dan masjid Nabawi.

satu hadis yang cukup menarik ;
"Solat di Masjid ku ini 1000 kali ganda lebih baik dari bersolat di masjid lain, kecuali Masjid Haram, kelebihannya sebanyak 100 000 kali ganda"

Dan ditambah lagi dengan peluang menziarahi makam rasulullah yang mana Rasulullah ada bersabda ;
"Barangsiapa yang menziarahi ketika aku meninggal dunia, sama seperti menziarahi aku ketika hidup,"


Masjid Nabawi

Masjidil Haram

Dan banyak lagi kenangan terindah yang berjaya ku pungut semasa menziarahi Mekah dan Madinah.

Indahnya hidup ketika itu, tenang dan bahagia rasanya. Ditambah pula dengan peluang menghabiskan Ramadhan di sana. teringat kembali indahnya lantunan suara Imam Sudais dan Maher ketika mengimamkan terawih. Begitu juga dengan syahdunya esak tangis jemaah ketika mengaminkan doa Sheikh sudais. Hadir bersama peluang mengerjakan umrah dan bertawaf di Baitullah...Subhanallah nikmatnya..

Dan nikmat itu rasanya tidak dapat ku peroleh walau berjuta kuhabiskan untuk bercuti di tempat-tempat mewah. Mungkin ini agaknya rahmat yang Allah limpahkan di bumi gersang Mekah dan Madinah ini...

Kesempatan itu juga diisi dengan ziarah ke pelbagai tempat2 bersejarah di mekah dan Madinah. dan ziarah itu kosong rasanya tanpa pengisian oleh ustaz Alang dan ustaz Arif yang begitu tekun membawa kami menelusuri sejarah sesuatu tempat.
ditambah pula dengan rakan2 ustaz yang lain. Ziarah ini terasa begitu bermakna.


Sedikit pencerahan kata mereka..


Dan ketika sedang asyik melayan kesyahduan takbir di pagi raya, terlihat pula kelibat Asyraf muslim bersama keluarganya. owh nak bernikah rupanya.. Pagi itu, Asyraf muslim selamat diijabkabulkan di hadapan kaabah. Ada la 2 3 orang sahabat yang bertuah dijemput ke majlis perkahwinan mereka. nak diajaknya semua, lari bajet pulak...


Hmm Rasanya tak sempat untuk kuceritakan kesemua catatan perjalanan aku ke sana untuk kali ini. InsyaAllah ada peluang bolehlah aku ceritakan satu persatu tempat yang sempat aku ziarah.Moga2 diberi kekuatan ... InsyaAllah ...

Disaat masih berambut

Teringin jugak nak pakai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...