Wednesday, December 29, 2010

coretan dari hati...

khas buatmu....2010

2010...
Berdiri di pusaramu, mengingatkan aku bahawa perpisahan ini adalah untuk selamanya. Ikatan yang telah terbina, kini terlerai sampai bila2. Walau sekuat mana aku berusaha, kita tak mungkin akan bersama lagi...

biarlah....

memang takdir telah sedia tertulis, yang bertemu pasti kan berpisah...begitu juga halnya kita,
Alangkah banyaknya yang telah kau anugerahkan sepanjang perkenalan singkat kita 365 hari yang lalu. Banyak riang dan tawa atas kejayaan yang terlakar. begitu juga dengan tangis dan sendu menyoroti perpisahan dan kekecewaan yang berlaku. Segalanya kan pergi, meninggalkanku. Yang tinggal hanya secebis memori sebagai peneman malamku.
Saat pahit manis yang telah kita lakar bersama kan ku simpan kemas dalam kotak memoriku.


2010..
Dalam perkenalan itu dahulu, kau sempat menghadiahkan ku usia tua dan secalit kematangan. Tidak kurang juga parut2 kepayahan dan kejerihan sebagai bekalan untuk aku harungi masa depan yang entah bagaimana likunya. Jika hari ini aku masih terus lalai bergelak tawa dan bersorak sorai, bagaimana pula nasibnya masa depanku? pastinya kelam, menunggu kehancuran.. Ingatlah..'Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung'
Jangan takut untuk memandang masa lalu. Kerana di situ bersemadi kesalahan yang telah dilakukan.

2010...
Dalam mengharungi manisnya detik bersamamu dahulu, banyak dosa yang telah terpalit. Terasa hinanya diri ini pabila menghadap yang Maha Esa. Banyak kelalaian yang sengaja dicipta, dan natijahnya..terasa jauhnya diri dengan tuhan walau segunung peringatan telah dialir. Wahai tuhan, kau sinarilah hati ini dengan pancaran hidayahmu agar hati ini tidak mati dari mengingatiMu.

2010...
Eratnya dakapanmu membuatkan aku sentiasa diawangan. Kau racuni minda dan jiwaku. Kau bius mindaku seolah2 aku kan hidup selamanya sehingga aku lupa. Lupa bahawa aku dicipta semata-mata untuk menjadi hamba pada-Nya. Bersamamu, terasa bahagianya hidup. Akan tetapi aku lupa, hidup ini bakal bertemu dengan noktahnya. Entah siapa pun yang tahu bila janjinya. dan kelupaan inilah yang mendorong aku untuk terus hidup dan hidup tanpa secalit pun rasa bimbang akan hari yang bakal menjemput ku ke alam yang lain.

2010..
Kau juga telah mengajarku akan peritnya sebuah kehidupan. Kau tunjukkan aku, kejayaan semanis madu takkan dicapai tanpa adanya usaha sepahit hempedu. Bekalan ini akan sentiasa aku jamah, agar aku tak mudah menangis andai jatuh tersungkur dan tak mudah rebah andai ditiup badai menggila.


2010..
kukira cukuplah coretan buatmu kali ini. Salam permisi ku pohon kepadamu. Doakan agar aku bisa lebih cekal melangkah di atas pentas kehidupan yang penuh pancaroba ini. Izinkan aku mengatur salam terakhir buatmu. Semoga kau terus bersemadi dengan aman.

Sayup2 kejauhan..kulihat 2011 sedang galak melambai.........





Monday, December 6, 2010

bila nak hijrah nii..??

Sebuah coretan pendek d akhir 1431 hijrah.....



'laa nk masuk awal Muharram dh k?? asal x taw pn...'

haa...antara pertanyaan2 famous n popular ketika menjelangnya 1 hijrah tektiap tahun..
bknnya x taw...tp x pnah ambik tawu...!!

ye la kan...klo tahun baru ni, kita juz nmpk 1 Januari je..sbb mmg lahir2 lg kita dh didoktrinkan dgn kalendar masihi..mn nak layan kalendar hijrah ni...spikan tarikh lahir sendiri pn x tahu bpe hijrah...
kalendar2 yg tergantung kt umah pn, kalendar kuda je...klo tanya hari krismas bila taw laa..
kalau ada yg tahu pn adalah sebab cuti yg di beri..pastu tggu tahun depan plak, cuti lagi...
hmm sampai ke sudah..cuti ja la dpt...

lalu, MAAL HIJRAH adalah 'nama' atau 'tajuk' yang xde makna untuk di renung, jauh lagi untuk dihayati...-cuma untuk bercuti...

apa sebenaranya hijrah ni??
ada org kata pindah, ada yg kata berubah, yg lagi teruk 2, still kata hijrah ni cuti...
hmm ikut masing2 la nk tafsirkan makna hijrah ni...

Hijrah ni kalau diteliti merupakan TITIK BESAR sejarah ketamadunan islam. cuba kita bayangkan, 1400 tahun dulu, kalaulah x berlaku perpindahan besar Rasulullah k Madinah,
cerita-cerita lepasnya mesti berbeza. kalau xde usaha n ikhtiar Rasulullah melaksanakan perintah hijrah 2, cerita-cerita lpasnya mgkin x kan bermula dan sejarah pastinya tiada..
ringkasnya ISLAM hari ini TIDAK TERCORAK sebegini..


Dan apa kesannya ini kepada kita??

Maka...tiada la kita.. Kalau ada pun, semestinya kita adalah kita yang berbeza...
Yela, kalau xde permulaannya, mn nak dpt pengakhirannya...!!

OK..klau kita pikirkan balek,
kalau xde hijrah..xde la KALENDAR hijrah spt yg kita tgk hari ni...
dan secara tidak langsung..sejarah Islam tinggal sejarah jela...
Tiadalah penanda masa yg nak gtaw sejarah2 dulu..

bila puasanya, bila rayanya, bila isra' mikraj, bila Rasul lahir, bila nak bayar zakat, bila nk berhaji dan mcm2 lagi laa..

Senang ceritanya..HIJRAH ni mmg sgt penting...
bukan hanya untuk kita melihat sejarah lampau...tetapi untuk dijadikan PEDOMAN n PANDUAN utk kita arini..

Jadinya, klo kalendar hijrah adalah berdasarkan peristiwa hijrah RASUL, yg mn baginda melaksanakannya tanpa sebarang bantahan, kenapa tidak INTI MAAL HIJRAH kita ambil sebagai satu PERINTAH dan ARAHAN Allah juga...sebab rasionalnya Allah memerintahkan hijrah ni adalah utk menghasilkan sebuah titik perubahan yg terbaik untuk kita..

so, hijrah ni boleh la kita ktakan perpindahan dr satu kedudukan yg x baik kpada kedudukan yg lebih baik!!
dr x pndai mengaji kpada pndai mngaji, dr solat sniri2 kpada solat berjemaah kt masjid, dr lyn fb berjam2 kpada layan buku berjam2..insyaALLAH..

Satu Muharram bakal menjelang, jd buat yg terlupa..igt2kan lah, buat yg terlalai, hadiahkan mereka dgn peringatan2...
Biar meriah sikit HIJRAH tahun ni...
Harapnya hijrah kita yg kecil tahun ni, diganti Allah dgn keredhaan-Nya yg terbesar...
AMIN,,,,


Thursday, November 25, 2010

moving one step forward...=)


haha...
just find a great way to fill my leisure...
soya....!!

Monday, November 15, 2010

selangkah perjalanan selaut pengalaman...



Hmm btol la org dulu-dulu kata kan...jauh perjalanan luas pmandangan....
walaupun pjalanan aku kli ni xde la jauh mn...tp rsenye byk membuka mata aku akan erti sebuah kehidupan..cewah...
ok...jom kite mengembara ke bumi Iskandariah...

perjalanan bermula pd pkul 1 ptg 13 nov 2010



singgah sebentar menikmati aruz bi rubu' firakh (nasi ngn suku aym)..haa knyang2...
sebenarnya cara makan kaum2 arab ni sungguh mudah..restoran dorang x perlu sediakan air jus atau
sirap sbb...org sini klo kt kedai makan, dorg makan je..
klo nk minum, dorg akn g cri kedai a'sir...
so jgn hairan la klo dorg cme bg air paip free utk minum...



setelah agak lme bjalan..spi la k mahattah kaherah...siyesly, mmg terkejut la ble tgk keadaan kt cni..igt lawa gk la
ala2 kl sentrel or hentian pudu..tp harapanku terus berkecai setibanya ak di sini...
mmg salah aku la sbb x predict the unpredictable...
keadaan kt cni rasanya mmg 50 thn ktinggalan dr Malaysia walaupun ak masih belum melihat dunia 50 thn dulu..
satu yg pasti, masalah sampah kt cni..sebutlah mn sja di Mesir..
rsanya mmg itula keadaannya..skang bru la aku mengerti nape la cgu2 suka sgt sebut sal sampah tiap2
kali perhimpunan..thanks cgu!!=)



klo korang kte ktm 2 x elok la, buruk la, hmm cuba la tgk keretapi kt cni..n keluarkan satu perkataan
utk gambarkannya






..

tp apapun...keadaan d dlm dye boleh la tahan..2 pn ktorg ambil yg second klas...
klo ekonomi klas..ktorg akn berhimpit dgn ayam2 n itik yg turut sama menumpang...




hmm perjalanan k Alexandria mngambiol mse kire2 3 jam gk laa..n sesampainya d sana..
nmpk la Murtadha n beberapa lg budak MARA yg sedia menanti...
alhamdulillah terjamin gak la penginapan aku utk malam2 d alex..=)



ok..aktiviti pertama d alex...
hmm berjalan2 di tepi pantai..tp pantai yg adas kt cni agak kotor laa..
so x leh la nk mandi..juz bergambar je laa..




satu yg menarik kt cni..kt cni ada tram..haa yg ni xde kat bahkan kat Malaysia..
tram ni kre spesis keretapi yg brgerak d celah celah kereta arr..harga cukup murah..
cuma rubu' (25 sen) je..





haa ni la antara pantai tercantik kat alex...tp harga nk msok pn ckup cntik arr..
nk msok k pntai ni sorg kne bayar 12 genih..pergh...klo beli mkn ni, knyang 3 hari gk arr..
tp pape pn..ombak dye mmg terbaik arr...bermeter2 gk laa..bak kata pepatah pantai mn x ditimpa ombak kan...
kbanyakan yg ada kt cni org2 arab je..no mat saleh k..


hmm d sebelah mlmnya...ktorg g k green plaza...
kire mcm shopping mall yg leh wat leisure xtvt...mcm2 gk ad kt cni...
antara yg smpat d cuba....
go kart n paintball..
byk kali gk kne headshot...nseb bek laa ni bkn btol2..
agk2 klo kt tgh medan perang 2...hmm nmpk dh spe nk kne dlu...huhu








alhamdulillah....selesai gak sedikit titipan utk perjalanan kali ini...
Syukur kepada-Nya kerana berpeluang untuk menikmati n menghayati keindahan yg terhampar di bumi-Nya..
InsyaAllah kenangan dan pengajaran yg dipungut di bumi anbia ini.. harapnya sedikit sebanyak dapat melatih insan kerdil ini untuk terus berjuang bagi menegakkan kalimah Lailahaillallah....

Wallahualam


p/s penghargaan buat saudara Murtadha dan RMCians atas kesudian melayan kerenah n kenakalan anak2 kecil dr Cairo ini...=)

Monday, October 18, 2010

Mencipta sebuah kenangan...

Assalamualaikum..
haa.. bpe lme dh x post kt blog nih...
bkn pe..terlalu komited dgn stadi la ktekan..
sbb 2 la facebook sntiasa 'ter'online 24 jam..ish3

sekadar sebuah perkongsian...
Inginku panjatkan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi..
kerana aku terpilih untuk menjadi tetamu di buminya yg penuh barakah ini...
walaupun agak banyak kekurangan d cni..tp ak akui,bumi anbia ni dah banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan...

antara sebab yg ak rasa beruntung sgt duduk kt cni :

1. Lecture dye mmg pling, sngat n the best arr...
wlaupun d kelas dulu aku mrupakan seorang kaki tidur yg tegar, tp setibanya aku d cni....aku dh menjadi Afiq yg baru...huhu, mana ad tido dlm kelas g dh...dan mmg nampak la keikhlasan n kesungguhan lecture mengajar..klo ada yg x paham..dye mesti cuba utk pahamkan gk walupun wlaupun dgn keterbatasan bahasanya...
kt cni, satu je msalahnya...slang lecturer terlalu ke'arab'an arr...segala perkataan berhuruf p akan berganti la dgn b...
contohnya...
suberior bart of the body...(superior part of the body)
anatomical bosition..(anatomical position)
baramedial blane..(paramedian plane)
bremenstrual bhase...(premenstrual phase)

look...how subbose i understand dis??haa..tp pape pn...ni bknnya satu masalah yg besar n skang tgh membiasakan diri memahamkan slang 2 arr..


2. kat cni byak sgt masjid..
so x jd masalah lngsung klo nk smbahyang, selang satu bangunan jumpa la satu gami'...dan yg pling membanggakan kt cni, bila msok waktu...
.mmg penuh la masjid2 yg ada..msing2 berebut nk sembahyang jemaah..n beza sgt la klo nk compare ngn Malaysia dan masjid2nya...solat subuh kt cni je ak x taw rmai k x...bkn pe, jarang2 g subuh...ish3


3. peluang bersedekah terbuka luas...
kt cni...ckp je nk sedekah pe...smua boleh, kotak kipas lama kt umah aku pun ada org mintak...
tu bru cerita kotak, igt lg waktu aku dan rakan2 berjalan k universiti....tyme 2 ktorg msing2 pakat pgg roti..tgh bersarapan la ktekan...ttibe di serbu la skumpulan kanak2, mintak roti yg ktorg tgh mkan..jd kami dgn hati yg berat pn bg la..bkn pe, lapar oii...huhu,
cuba kita bndingkan dgn keadaan kita kat malaysia yg serba kaya ni...snggup k kita mkan bekas makanan org.?? sdangkan makanan murah yg kita rasa x sedap pn kita buang, apatah lg nak mkan bekas org...kat cni org x kisah, apa yg boleh mkan dorg makan,seb bek la anjing x leh makan..huhu

4. permandangan yg begitu asing..
yeah..ni la yg banyak ak tgk..bpe bnyak keta kt malaysia yg calar2 n kemek2?? haa kt cni smua keta kemek..trend kt cni, klo nk parking jgn tarik handbrake...nnti sng org nk tolak n ubah...so hasilnya...walaupun mercedes, skyline (kt cni byk), n bmw yg baru di beli semalam...keadaannya sama je ngn keta buruk yg tersadai tepi jalan..dorg mmg x pnting kan keadaan luaran keta 2..janji buleh jalan sudah, try klo kt Malaysia, pantang tercalar ckit, mau 2 3 ribu kna bayar...so jgn la cuba2 drive kt cni..nanges lak nnti...lagi satu, klo agk2 x brani naik roller coaster 2, jgn la cuba2 naik teksi kt cni..bkn pa...cara dorg drive mmg cam roller coaster, so tyme tgh dlm teksi 2 ttibe kna langgar dr blakang or trlanggar org dpn...besa la 2...

permainan budak2 kt cni jugak sgt menarik, ckuplah ada 2 org je..byk yg buleh dorg bwat..antaranya bermain debu, tanam diri dlm tanah, main sampah, kacau student Malaysia ( ni tektiap hari kena..haha) n yg paling menarik menunggang anjing...pergh..taw la anjing kt fustat (rumah aku) ni lg byk dr kucing kt Malaysia...tp jgn la sesuka hati menjadikan beliau bahan tunggangan.. kesian lak tgk anjing 2..so anjing2 kt Malaysia, bersyukur la sbb org Malaysia takut anjing...kt cni anjing mmg trauma dgn manusia..kesian2...


so takat ni je la kot...tulih byk2 pn bkn ada org nk baca...nnti la smbung balek...azan asar dah berkumandang...
nak masak g pasni..hee...
salam alaik..

Monday, October 4, 2010

~Mesir~ antara debu dan permata....







Amacam lawa x?? ni la antara pemandangan yg sempat aku cari kt internet untuk mengisi blog aku yg dah lama x di update nih...n utk pngetahuan semua..cairo x la seperti yg dlm gmbar ni...
kalau nak dibandingkan dengan cairo...fuh memang jauh panggang dari api la..haha,
so...
jom tgk sekeping dua gambaran di cairo...






Haa amacam ?? cantik x?? agak2 kat area KL kn, mn bleh dapat scene cmni??
Kepala batas pn x cmni kan...haha, tu la... len kali, bersyukur la atas apa yg kita ada...jgn dok komplen je k...
Sampai kt cni, baru lah aku mngerti apa sbenarnya Mesir dan yg lebih tepat, survive kat Mesir...fuh mmg pnuh cabaran arr...
Tp ni la masanya aku nak belajar erti sebenar sebuah kehidupan agar aku bisa menjadi lebih tabah...cewah...
Walau apapun..di sini la tempat aku menuntut ilmu, dan ni la masa untk aku mengaut segala khazanah yg tertanam di bumi anbia ini...
oklah berceloteh panjang pun x guna kn...bkn korg nk baca pn, jom kita telusuri setiap pelusuk bumi Mesir ini...atau nama manjanya ardhu kinanah...




haa...ni la antara sebab aku syg sgt mesir ni...jus buah dya..kt cni org pnggey asir..sgala jenis buah ada...tp buah durian mmg x dpt la kt cni..tmbah2 durian belanda...



Sapa tgk ayat2 cinta...haa kt sungai ni la dorg berlakon...sungai nil, igt x kisah firaun yg tenggelam 2...haa 2 bkn kt sungai ni..


haa...penat membasuh rumah baru....mmg luas la umah cni..tp luas sgt pn ssh gk, tektiap ari kna lap debu..



antara tarikan pelancong dan pelajar ke Mesir...PIRAMID...tp xde la pe yg menarik sgt pn pasal piramid ni..cuma batu bata ja...dan panas padang pasir..



Klo ikt kpercayaan khurafat org Mesir dlu2...patung ni la yg dok jaga piramid...
tp konfem2 salah arr..ak pgang dagu dya pn relax ja...huhu



haa...berjoging smbil mnghirup debu pagi..


komen mereka sgt menyenangkan hati...sedap oww..haha





Last but not least...gugusan family aku yg tertinggal kt Malaysia..sejujurnya..i miss them really much..doakan kejayaan daku d cni..i'Allah aku akn pulang k Malaysia sbg seorang doktor satu hari nanti...i'll owez remember all of you!!..mmuuahhh!!(^.^)

So..setakat ni je la kot coretan dr bumi Kaherah.. i'Allah klo ada masa...byk lg gmbar bes2 nk upload ni...haha..ok doakan kejayaan daku d cni agar pulang sbg seorang muslim yang doktor...insyaAllah...

Monday, August 30, 2010

KeNaPa Aku ke SyUrgA??

Usai membaca surah Yasin, hatiku terpanggil untuk menyelak kembali pertengahan surah ini yg mana menempatkan sebuah ayat. Ayat yg cukup pendek,tp menarik sekali untuk diteliti. ayat ke-58 surah yasin berbunyi :

yang bermaksud : ucapan salam dr tuhan yg Maha Penyayang

Seimbas pandang, ayat ini mungkin sama seperti ayat2 yg yg lainnya. Tp jika diperhalusi, ada sesuatu yang tersirat disebaliknya. Mengenai penggunaaan perkataan ar-Rahim. Satu persoalan ingin ditimbulkan, mengapa mesti ar-Rahim?? Allah kan ada 98 nama yg lain tp sbb apa ar-Rahim yg dipilih?? sebab apa tak ar-Rahman?? al-Ghafur?? dan lain2...
Pada ayat2 yg sebelumnya, Allah menceritakan ttg keindahan syurga dan nikmat2 yg tersedia di jannah Allah. Dan kemudian ucapan salam dari tuhan yang maha Penyayang.

ok xpe, kita tinggalkan skejap psoalan 2, ayuh kita lihat satu lagi persoalan, Sebab apa seseorang itu masuk syurga?? adakah sebab amalan yg dibuat? atau ikhlasnya dia beribadah kepada Allah??

Jawapan untuk kedua2 persoalan di atas ialah, seseorang itu masuk ke syurga disebabkan oleh sifat ar-Rahim Allah yakni kerana penyayangnya Allah bukanlah sebab banyaknya ibadah yang dibuat. Sebab itu di dalam ayat ke 58 tersebut Allah menggunakan perkataan ar-Rahim dan bukan yang lain2..Jika kita mengatakan bahawa amalan yang kita buat sudah cukup untuk membolehkan kita ke syurga,apakah amalan tersebut mampu membayar nikmat2 yang Allah berikan kepada kita??

Oleh itu, kesimpulan ringkasnya, hidup kita di dunia ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan dan kasih sayang Allah. Dan pencarian ini dapat diterjemahkan melalui ibadah dan amalan kita yg ikhlas semata-mata kerana Allah. Ada orang yg beribadah 60 tahun di dunia tp di akhirAt kelak dia disumbat ke neraka. Ada juga muallaf yang baru sehari beribadah tp ketika di akhirat dia dihantar ke jannah ALlah. Jadi ukurannya di sini, bukanlah sekuat mana kita beribdah atau sebanyak mana solat malam yang kita lakukan, tetapi sejauh mana Allah sayangkan kita untuk kita mendapat tempat di jannah-Nya..
wallahualam...

kutinggalkan semuanya di intec...

Sayu,
Terpisah, hikayat indah kini hanya tinggal sejarah,
Berhembus, angin rindu..
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu….

Hmm berakhirlah sudah satu lagi lipatan penting dalam sejarah hidupku… Detik bermakna yang hanya ku kecapi dalam tempoh 4 bulan…dan kini, ia berakhir…
Dari sehari jadi seminggu, dari seminggu jd sebulan, dr sebulan jd 4 bulan…sedar tak sedar dah 4 bulan rpenye aku dok kt cni…teringat lg mse mula2 masuk intec dlu..masa berlalu dirasakan amat pantas..terkenang lagi detik permulaan sebuah jalinan antara kita kan…masa mula2 dtg k cni dulu.. berjumpa la ak dengan kawan sebilik aku..hifzan, yore n penyu..yore n penyu ni bdk MTD taw, so ak terpikir gak..hmm bleh k ak hidup ngn dorg ni?? Tp ble dh mle mngenali…ternyta, kami serasi sebumbung..=), jd dikesempatan ni..ak nak amek peluang mengucapkan bebanyak terima kasih la kpd rakan2 sebilikku..terutamanya hifzan, klo xde x hifzhan ni..x hidup ak kot (walaupun sepanjang 4 bulan ni dia cuma sempat kejut ak subuh dlm 5-6 hari je..yg len smua aku je..kn hifzhan?? Haha).. klo dobi 2, mana pnah miss..bwt penat je bli sabun basuh baju, las2 p dobi gak..ish3, dan terkenang lg d mlm2 terakhir di intec, peristiwa bersahur kt McD, semoga peristiwa 2 trus diingati…hehe but anyway..thanx 4 everyting….


The same goes 2 my beloved class, MEG4…we’ve spent a lot of our precious moment together…and hope dat it wouldn’t last although we were separated (moki, aizad, ira n nad)…
bagi yg akn mneruskn pjalanan bsama2..
-tahir, lah, amad, afiq fadhli, afiq zerr, muiz 'nate'..hehe, yang, nik, muna, mama, amalina muko dekki, zatil, asma', ainin, panin, mahe, nat, n jaji...
igtla..pjalanan kita msih jauh..sepanjang tempoh 6 thn 2, kita mgkin diuji, digugah tp pastikan..semua dugaan itu tidak bisa mematahkan semangat kita utk lahir sbg sorang 'islam yg DOKTOR'...

rsenya xde kata yg mmpu mnggambarkn apa yg tersirat di hati ini, smoga gmbar2 ini mampu menjadi pengubat rindu di hati....=)


yeah..inilah kita...MEG 4


kumpulan 'baba wa mama'..terbaek lahh!!!


makhluk yg amat ditakuti Yang (pada suatu masa dulu)!!haha


Cairo vs ain sham...



dh boleh jd mak budak ni...hehe



DOKTOR to be - insyaallah


membuat terompah telur d kelas arab..grup ak je yg jadi elok!!




moga ikatan ukhuwah yg dibina...selamanya...

hmm harapnye gmbar yg sikit ni mmpu mngimbau blek nostalgia pahit manis kte bersama..
ok utk akhirnya..
sahabat,
kiranya waktu yg sekejap itu menjadi kenangan untuk kita hayati sepanjang zaman,
ingatlah aku selagi kau mampu,
Jika pula masa yg mendatang memisahkan keakraban yang telah terbina,
ukirlah secebis tentang aku di hatimu,]
agar nanti ketika kita bersua kau masih mengingaAti SIAPA DIRIKU.....

p/s eh asal ak tacing smacam je ni...hehe
sori x byk gmbr..ni je yg ada...

Thursday, August 12, 2010

corat-coret sebuah ramadhan...

Marhaban ya Ramadhan...
alhamdulillah sekali lagi diri ini masih dipilih Allah untuk menghirup kesegaran udara ramadhan 1431H. Ramadhan yg lain dari yg lain...kalau dlu aku still kat sekolah, menyambut ramadhan yang rasanya lebih penuh dgn pengisian, tazkirah dan iftar jamainya..tp taon ni, Ramadhan di INTEC rasanya begitu berlainan...Segalanya kena di cari sendiri, mne ad ustaz nk kjut pg2 dgn deringan loceng yg mnykitkan hati..haha, Nak baca Quran pn sniri2 la..xde yg nak paksa habeskan sehari sejuzuk..ataupun mkan kurma dlu n then solat magrib, pas2 bru nak mkn byk2..semua dh terbalik laa...
Tp rasanya ni la hidup kn, sape la nk memonitor kite kn...dh besar pnjang dh..
so pandai2 la mencakar rezeki di tanah untuk mkan wat bkak posa (waa dgr mcm ssh sgt je hidup)..x knyang2 ke duit jpa 2??hehe..

Hmm xtually...td ad la terbaca blog sal kesilapan2 g kita wat dalam bln ramadhan ni...
nmpak cam menarik gk..so nak wat konklusi la sikit pasal yg ak baca td..
hmm yang first sekali

-tak utamakn subuh berjemaah mcm terawih berjemaah
ish3..ni la masalah kita (kita la sbb diri ini termasuk sekali)..kalau dgr je ramadhan, msti terbayang terawih berjemaah dan MOREH lepas terawih..mmg banjir la masjid dgn manusia2 yg nak berterawih...hmm bagus la 2 masing2 nk mnghidupkan Ramadhan kn. almaklumlah pahala berganda..tapi masalahnya, bila msok waktu subuh, surau KOSONG!! haa ni msalah besar..taw la Ramadhan 2 dtg sebulan je sathun, tp yg mana lebih utama 2 kna la utamakan, first things first k. Jgn la kita hanya berterawih tp subuh pkul 7. xde maknanya cik abg oii!! Ramai yg stil x taw (yg taw pn wat2 x taw gk) keutamaan solat fadhu berbanding solat sunat tambah2 subuh yg mana Allah janjikan pahala menghidupkan seluruh malam dengan solat subuh berjemaah..

-Makan sahur di tengah malam sbb malas bgun d akhir malam
haa ni mmg terlau biasa dgn kita.. kdg2 2 tyme bkak posa pn dh niat sahur sekali (eh ada k)..hehe, ok jom tgk maksud 'sahur' 2 sendiri..mknanya waktu terakhir di hujung malam..so kalau kul 12 tu, bkn hujung malam...yg 2 malam masih muda..waktu sahur yg disebut ulama' ialah pada 1/6 terakhir malam. Jadi, kalau kita mkn d awal mlm, so x dpt la pahala sahur 2..kan sahur 2 ada keberkatan...nabi pun kata, 'Bersahurlah kamu kerana di dalam sahur 2 ada keberkatan'..

-Malas sebab 'aku puasa la hari ni"
Amboi2..suka suki ja nk bg alasyan puasa. Macam la dia sorang je puasa. Xkn la x pnah dgr cerita perang badar yg berlaku di bulan ramadhan, yg mana kemenangan jelas berpihak kepada tentera muslimin. Matlamat puasa pn jelas untuk melahirkan insan yg kuat!! ala x mkn stengah hari je pn..(minum sekali la), bg la perut korang rehat kejap, dh 11 bulan die jalan non-stop, tmbah2 la lepas ni syawal lak kan..huh kesian perut, nasib baik ak x dilahirkan menjadi perut (eh boleh plak cm2)!!.. Jadi, jgn sesekali jadikan puasa sbg platform utk kita tidur spnjang hari, tido ckit2 dh la..hehe,

-x membanyakkan doa waktu nak berbuka
memang x dapat dinafikan, di saat sajian sedia terhidang di dpn mata...hati mula berdetik 'haaiii bila la nk azan ni!!.. yala, x mkn stengah hari la ktekan..so dgr je azan, berlumba-lumba la kita memenuhkan perut 2, terkejut c perut 2..sebenarnya, satu kelebihan berpuasa baru kita tinggalkan..ruginya.. Sabda Rasulullah "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" haa..semua dh pnah dgr kn hadis ni..so amalkan la, x ssh mn pn..peruntukkanla 2 mnit sblum bkak puasa 2 untuk berdoa...mntak la apa yg dihajati sbb jelas tercatat di dalam hadis "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"..

eh ada byk lagi ni point...tp dh nantok la plak..esok dh la ada oral arab..si hifzhan sblah ak ni pn sibuk menelaah fisio...maklumlakan, ada quiz esk...gud luck ekh,
So, diharap sebuah perkongsian ringkas ni dapat la mmberi sedikit manfaat...kalau x kat org lain, biarlah ia memanfaatkan diriku yg serba daif ni..
igtla..ni la waktu special yg Allah bg kat umat nabi Muhanmmad (kita la 2)utk berlumba2 membuat kebaikan...jgn jadikan bulan ni sbg bulan memenuhkan perut n nafsu smata-mata..jom kita rebut segala ganjaran di bulan barakah ni!!
akhirul kalam..Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Sunday, July 18, 2010

KeHiDuPaN sEoRaNg AkU..!!

Alhamdulillah, dikesempatan ini aku masih diberi peluang olah-Nya untuk mencoretkan serba sedikit kenangan dan pengalaman aku sepanjang menimba ilmu di “taman ilmu INTEC” (nama baru INTEC)… Hmm ok la.. straight to the point, sebenarnya aku nak titipkan la sikit perjalan harian aku kat intec ni…so xde la nanti RINDU sgt kt INTEC ni..

05.50 am

azan berkumandang setiap hari..tp aku kurang brpeluang nak bangun waktu ni la…(punca masih x diketahui spi hari ni)


06.20 am

haa..time ni baru nak mengeliat..sepuluh minit gk la wktu diambil untuk bangun, so terus solat subuh la..


06.40 am

abes solat (amacam lama x)…haa phm2 la, pastu rsa cm nak smbung tdo blek..tp bla igt

blek, x elok tdo lpas subuh ni..Lah pn slalu kata cmtu kt ak..so try la amik buku dgn

harapan nak baca sikit, tp selalunya aku tidur gk lpas kurang 2 mnit pgg buku..conclusionnya, gagal laa!!


07.20 am

alarm Hifzhan yg tido sbelah ak dh bbunyi 10 kali, tp dia still x bgn gk..so nak x nk..kna la bgun gk, nak brebut blik air ngn penyu n yore di blik sbelah g..pas mandi bru la kjut hifzhan lak. Wlaupun jam wktu 2 dh 7.40…die still slamber je..mmg dia jenis cmni kot, hmm biar je la..


07.50 am

yeah..!! melangkah kluar blik dgn pnuh smagt.. nk g klas la ktekan, tp d tgh jln..smagt ak mngendur blek…beratur tggu bas punyala panjang..spi k dpn mydin (kalah kdai nc kandar oww)..tp xpe bratur je la..agk2 klo cmni kul 8.15 bru nk spi klas ni..tp xpe,ak ada falsafah aku,

”better late than never”..

Nota tmbhan : yg besnya klo time cmni jumpa hilmi smbil mmegang kunci keta die.. so pe

lg..”Hilmi npe ko hensem tektiap ari ekh??” haa knfm..ak g klas ngn myvi hitam die…=)

p/s – aktiviti spnjang kelas x diceritakan…(its mainly bout biochem, fisio, anat n others)


05.00 pm

fuh, balek pn ak…pnat la klas sharian ni, jd rehat la kejap (kkdang tu ak ‘tertidur’ spi kul 6.30)..mmg pnat thap kritikal la tu (padahal dlm klas je dh bpe lama tdo..ish3) Tp yg lbeh utamanya, g men ftsal laa..haa part ni la bes(wlaupun bley kira ngn jari je gol yg ak score)..ktorg main la spi sblum mgrib sblum aku dgn tgasnya mngajak kwn2 aku naik mandi (cewaahh..)


07.15 pm

Azan berkumandang dari surau cemara mnghalau setan2 dr blik ak..so rsa cm dkt la ckit ngn surau 2..ak pn dok ttanya2 gk, ble la dorg nk bg pluang ak azan…ish3, lpas brsiap2 2, ak ngn hfzan pn mlangkah dgn pnuh tnang k surau.. yela setan dh lari kn..


08.00 pm

siap mngumpulkan jemaah2 mkn( biasanya trdiri drpd gugusan bdk2 sepintar n tmbhn wkil skolah lain). Memula 2 decide dlu nk mkn mn arini.. klo kimi die sure2 ajk mkn luar, ktanya mkn dlm krg bersih la…ish3 tawu la dh dpt elaun kn…so tpt yg slalu dituju adalah rafi n nasi lemak dpn ole2.. mmg kaya la dorg 2..tektiap ari kami support..


09.30 pm

blek dr smayg isyak..hah pe lg..stadi la ckit…enjoy byk sgt dh la…so dipendekkan citer… hayatku pada hari 2 berakhir la dlm kul 12.30 cm 2 dan akan dsambung pada pg esok lak…

-tamat-

haha..abeh gk citer meleret ni..tp nk wat cmane kan..sbg revision utk masa dpn.kira ok la,

Jd igtla.. walau setinggi mana pun kita berdiri atau sejauh mana pun kita melangkah..kita sebenarnya hanyalah seorang hamba Allah yg belajar berjalan setelah puas merangkak dan bertatih. Jangan mudah mendabik dada pabila berada di puncak kejayaan kerana bila-bila masa saja kita bisa terjun ke gaung kegagalan..

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah hati kami agar sentiasa berada di jalan mu” aminn….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...