Friday, December 23, 2011

i am sweet in my way


Hmm.. just sharing a simple video.. which actually made by my friend..
and im juz the one who 'menempek' dalam tuu..
there got some message to be shared, which I think really close to us...
menjadi orang yang sweet dan dilayan dengan sweet... ^.^




Thursday, December 1, 2011

kahwin awal : membongkar sebuah kejumudan


Nah hambekkk... dua bulan menyepi tanpa sebarang berita...
berkulat dah blog ni bila bukak balik.. kalau nak kata busy, x laa busy mana pun...
tapi tuu laa... idea yang ada x dapat dicambahkan dalam penulisan.. =(
hmm tp apa pun, sekadar untuk berkongsi...
satu artikel tentang kahwin awal... ermm copy paste je pun..tp sebuah cambahan fikrah yang aku rasa sangat menarik utk dikongsi..



Sedang di sana banyak solusi yang lain yang mungkin sahaja lebih atau kurang atau sama tepat dengan kempen kahwin awal. Jadi ini sekadar pendapat. Kalau tidak tepat semua, mungkin ada betulnya. Kalau tidak bernas untuk suatu waktu, mungkin bernas untuk suatu waktu yang lain. Tapi kaitkanlah dengan zaman tulisan ini dibuat.
Ya!
Pendapat saya memang relatif,
Tapi kita hidup pada zaman ancaman 1001 seduktif,
maka ia boleh jadi radioaktif.

Orang kata..
"Kahwin awal itu mungkin boleh menjejaskan kecemerlangan pencapaian akademik."

Saya kata..
"Bahkan menegah kahwin awal itu risiko besar menjejaskan kecemerlangan pencapaian akhirat!"

Ganggu belajar?

Daripada nikmat dalam maksiat, lebih baik derita dalam berkat.

Buka mata luas-luas di zaman mana kita hidup sekarang. Bukan zaman Ibnu Abbas dan Saidina Ali. Jiran kita bukan Hasan al-Basri..


Kita hidup di zaman iman senipis kulit bawang. Menakluk wanita bukan dengan iman tapi kuasa pawang. Pengikat cinta bukan akhlak peribadi tapi harta dan wang.

Sudah ada serban yang terlucut gara-gara wanita seksi. Sudah ada makmum yang terlupa rakaat saat mendengar deruman kasut tumit tinggi!


Teknologi tinggi sudah ada semacam pengaruh pada hati nurani. Membuatkan remaja sekarang semakin maju cinta berahi. Mereka bukan golongan dinasti China yang kemaluan kaum lelakinya di'kasi'.


Bukan sedikit remaja yang mencari nikmat nikah di luar nikah. Tersepit antara doktrin tegahan kahwin awal dengan tuntutan ammarah. Antara meraikan orang tua yang bersenjatakan perasaan dengan Tuhan Pencipta Fitrah.


Asalnya merancang cinta sejernih telaga al-Kauthar. Malangnya tersungkur hangus di pintu neraka membakar.


Mungkin pencipta doktrin agak Islamik bila mencadangkan puasa sebagai penunduk nafsu dan alat penyabar menghitung waktu tapi bukankah mereka juga memandang enteng kepada segala gejala sosial yang tak berhala tuju. Agak sukar menjadikan pinggan sebagai perisai peluru berpandu, perut berpuasa tapi mata terus merana memujuk nafsu.


Jadi di mana keseimbangannya ?
Penyelesaian bukan semata-mata pada 'PUASA' tapi pada 'MEMELIHARA KESEIMBANGAN'. Bukankah Islam menyeru kepada wasatiah yang memberikan pegangan kemas kepada kehidupan manusia.

MEMELIHARA KESEIMBANGAN itu lebih berkesan dari PUASA dalam merealisasikan objektif-objektif syariah secara universal.

Kalau mengheret puasa dengan alasan Islam, maka kenapa tidak diheret sekali penghapusan gejala sosial dengan alasan Islam?

Baru adil bukan?

Kita tidak nafikan ada pasangan bercinta yang mengungguli iman sebelum kahwin tapi ia bukan DALIL untuk memperjuangkan doktrin tegahan kahwin awal.

Kalau perkahwinan itu merupakan kaedah profesional dan primer untuk membersihkan akhlak dan susur galur keturunan manusia, jangan sesekali menjadikannya amatur dan sekunder.

Sampai bila kita konon-kononnya nak beri contoh kepada remaja bercinta dengan ayat
motivasi,
"Bukankah ada pasangan yang bercinta dahulu tanpa berkahwin sambil mempertahankan iman?"
Sedangkan sudah ada syariat perkahwinan itu sebagai jalan terbaik!?

Apakah kita dahulu dilahirkan sebagai malaikat?

Kita terus berteori unggul tentang pengurusan mencari duit untuk keselesaan dunia tapi saham akhirat semakin dahaga.

Kita bersungguh-sungguh bagai menatang minyak yang penuh dalam urusan dunia tapi tidak pernah teliti modal akhirat yang semakin kehausan.

MUNGKIN, momokan terbaik ialah teori 'makan pasir kalau kahwin awal'. Akhirnya rezeki itu urusan siapa?

Berkat jugakah rezeki yang banyak ketika tidak berkahwin tapi bersalut maksiat?

Ini bukan soal tawakal tidak bertindak tapi terus berusaha dalam zaman terdesak. Jadi, dari mulut kotor mencaci macam keladak, sebaiknya hulurkan sokongan mental dan material sebagai ganti mencipta pantang larang yang banyak tapi tolongnya tidak.

Bila satu keluasan agama semakin ditutup sempit, pasti akan ada kehancuran dalam kehidupan manusia.

Kita saja yang memandai-mandai mencipta doktrin kahwin awal mengganggu belajar, sedangkan sistem pembelajaran setiap zaman sekadar bernilai sementara dan temporal. Sementara naluri berpasangan itu sudah wujud sejak manusia dijadikan.

Apakah tradisi fitrah zaman-berzaman yang bersifat fundemental dan konsisten dipinggirkan, semata-mata meraikan budaya sementara yang bersifat rapuh dan tentatif?

FIKIRKAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...