Wednesday, December 29, 2010

coretan dari hati...

khas buatmu....2010

2010...
Berdiri di pusaramu, mengingatkan aku bahawa perpisahan ini adalah untuk selamanya. Ikatan yang telah terbina, kini terlerai sampai bila2. Walau sekuat mana aku berusaha, kita tak mungkin akan bersama lagi...

biarlah....

memang takdir telah sedia tertulis, yang bertemu pasti kan berpisah...begitu juga halnya kita,
Alangkah banyaknya yang telah kau anugerahkan sepanjang perkenalan singkat kita 365 hari yang lalu. Banyak riang dan tawa atas kejayaan yang terlakar. begitu juga dengan tangis dan sendu menyoroti perpisahan dan kekecewaan yang berlaku. Segalanya kan pergi, meninggalkanku. Yang tinggal hanya secebis memori sebagai peneman malamku.
Saat pahit manis yang telah kita lakar bersama kan ku simpan kemas dalam kotak memoriku.


2010..
Dalam perkenalan itu dahulu, kau sempat menghadiahkan ku usia tua dan secalit kematangan. Tidak kurang juga parut2 kepayahan dan kejerihan sebagai bekalan untuk aku harungi masa depan yang entah bagaimana likunya. Jika hari ini aku masih terus lalai bergelak tawa dan bersorak sorai, bagaimana pula nasibnya masa depanku? pastinya kelam, menunggu kehancuran.. Ingatlah..'Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung'
Jangan takut untuk memandang masa lalu. Kerana di situ bersemadi kesalahan yang telah dilakukan.

2010...
Dalam mengharungi manisnya detik bersamamu dahulu, banyak dosa yang telah terpalit. Terasa hinanya diri ini pabila menghadap yang Maha Esa. Banyak kelalaian yang sengaja dicipta, dan natijahnya..terasa jauhnya diri dengan tuhan walau segunung peringatan telah dialir. Wahai tuhan, kau sinarilah hati ini dengan pancaran hidayahmu agar hati ini tidak mati dari mengingatiMu.

2010...
Eratnya dakapanmu membuatkan aku sentiasa diawangan. Kau racuni minda dan jiwaku. Kau bius mindaku seolah2 aku kan hidup selamanya sehingga aku lupa. Lupa bahawa aku dicipta semata-mata untuk menjadi hamba pada-Nya. Bersamamu, terasa bahagianya hidup. Akan tetapi aku lupa, hidup ini bakal bertemu dengan noktahnya. Entah siapa pun yang tahu bila janjinya. dan kelupaan inilah yang mendorong aku untuk terus hidup dan hidup tanpa secalit pun rasa bimbang akan hari yang bakal menjemput ku ke alam yang lain.

2010..
Kau juga telah mengajarku akan peritnya sebuah kehidupan. Kau tunjukkan aku, kejayaan semanis madu takkan dicapai tanpa adanya usaha sepahit hempedu. Bekalan ini akan sentiasa aku jamah, agar aku tak mudah menangis andai jatuh tersungkur dan tak mudah rebah andai ditiup badai menggila.


2010..
kukira cukuplah coretan buatmu kali ini. Salam permisi ku pohon kepadamu. Doakan agar aku bisa lebih cekal melangkah di atas pentas kehidupan yang penuh pancaroba ini. Izinkan aku mengatur salam terakhir buatmu. Semoga kau terus bersemadi dengan aman.

Sayup2 kejauhan..kulihat 2011 sedang galak melambai.........





Monday, December 6, 2010

bila nak hijrah nii..??

Sebuah coretan pendek d akhir 1431 hijrah.....



'laa nk masuk awal Muharram dh k?? asal x taw pn...'

haa...antara pertanyaan2 famous n popular ketika menjelangnya 1 hijrah tektiap tahun..
bknnya x taw...tp x pnah ambik tawu...!!

ye la kan...klo tahun baru ni, kita juz nmpk 1 Januari je..sbb mmg lahir2 lg kita dh didoktrinkan dgn kalendar masihi..mn nak layan kalendar hijrah ni...spikan tarikh lahir sendiri pn x tahu bpe hijrah...
kalendar2 yg tergantung kt umah pn, kalendar kuda je...klo tanya hari krismas bila taw laa..
kalau ada yg tahu pn adalah sebab cuti yg di beri..pastu tggu tahun depan plak, cuti lagi...
hmm sampai ke sudah..cuti ja la dpt...

lalu, MAAL HIJRAH adalah 'nama' atau 'tajuk' yang xde makna untuk di renung, jauh lagi untuk dihayati...-cuma untuk bercuti...

apa sebenaranya hijrah ni??
ada org kata pindah, ada yg kata berubah, yg lagi teruk 2, still kata hijrah ni cuti...
hmm ikut masing2 la nk tafsirkan makna hijrah ni...

Hijrah ni kalau diteliti merupakan TITIK BESAR sejarah ketamadunan islam. cuba kita bayangkan, 1400 tahun dulu, kalaulah x berlaku perpindahan besar Rasulullah k Madinah,
cerita-cerita lepasnya mesti berbeza. kalau xde usaha n ikhtiar Rasulullah melaksanakan perintah hijrah 2, cerita-cerita lpasnya mgkin x kan bermula dan sejarah pastinya tiada..
ringkasnya ISLAM hari ini TIDAK TERCORAK sebegini..


Dan apa kesannya ini kepada kita??

Maka...tiada la kita.. Kalau ada pun, semestinya kita adalah kita yang berbeza...
Yela, kalau xde permulaannya, mn nak dpt pengakhirannya...!!

OK..klau kita pikirkan balek,
kalau xde hijrah..xde la KALENDAR hijrah spt yg kita tgk hari ni...
dan secara tidak langsung..sejarah Islam tinggal sejarah jela...
Tiadalah penanda masa yg nak gtaw sejarah2 dulu..

bila puasanya, bila rayanya, bila isra' mikraj, bila Rasul lahir, bila nak bayar zakat, bila nk berhaji dan mcm2 lagi laa..

Senang ceritanya..HIJRAH ni mmg sgt penting...
bukan hanya untuk kita melihat sejarah lampau...tetapi untuk dijadikan PEDOMAN n PANDUAN utk kita arini..

Jadinya, klo kalendar hijrah adalah berdasarkan peristiwa hijrah RASUL, yg mn baginda melaksanakannya tanpa sebarang bantahan, kenapa tidak INTI MAAL HIJRAH kita ambil sebagai satu PERINTAH dan ARAHAN Allah juga...sebab rasionalnya Allah memerintahkan hijrah ni adalah utk menghasilkan sebuah titik perubahan yg terbaik untuk kita..

so, hijrah ni boleh la kita ktakan perpindahan dr satu kedudukan yg x baik kpada kedudukan yg lebih baik!!
dr x pndai mengaji kpada pndai mngaji, dr solat sniri2 kpada solat berjemaah kt masjid, dr lyn fb berjam2 kpada layan buku berjam2..insyaALLAH..

Satu Muharram bakal menjelang, jd buat yg terlupa..igt2kan lah, buat yg terlalai, hadiahkan mereka dgn peringatan2...
Biar meriah sikit HIJRAH tahun ni...
Harapnya hijrah kita yg kecil tahun ni, diganti Allah dgn keredhaan-Nya yg terbesar...
AMIN,,,,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...