Wednesday, February 15, 2012

Belajar bersyukur



Bila aku lihat orang punya harta yang banyak, aku berdoa pada Allah untuk turut sama diberikan harta. Bila aku lihat orang pandai menyanyi, aku berdoa pinta suara yang sedap. Bila aku tengok ada sahabat yang pandai bersukan, aku tadah tangan mohon kebolehan seperti itu. Hasilnya aku terus berdoa dan berdoa minta pada Allah. 


Ya betul Allah kata pintalah pada-NYA, nescaya dia akan tunaikan, tapi sebagai manusia kadangkala aku terlupa untuk mensyukuri apa yang telah Allah berikan. Aku terlalu sibuk menghitung nikmat yang Allah beri pada orang lain sehingga aku terlupa, Allah tak pernah lupakan aku. Makan minumku sentiasa cukup bahkan terlebih, tidur malamku sentiasa enak di bawah selimut tebal, wang belanjaku tak pernah putus.



 Tapi aku terlupa semua itu.  Betullah manusia tidak pernah puas walau seluruh dunia ada dalam genggaman. Bila Allah tarik nikmat tu, baru kita mengaduh menyesal.





Aku tak sedar, Allah sudah beri aku lebih dari apa yang aku perlukan. Allah tahu apa yang aku perlu dan apa yang tak. Tapi kerana aku hamba kerdil, aku kadangkala lebih teruk dari anak kecil. Merengek minta semua perkara. Ingat lagi aku sewaktu kecil, kerap aku pertikaikan kedua ibu bapa aku. “ Kenapa asyik adik saja dapat, tak adil laa mama ngan ayah ni”. Kemudian jawab ayah mudah saja. Dia akan beri sama rata kepada anak-anaknya mengikut keperluan. Takkan waktu dia belikan gaun untuk adikku, aku pun turut dibelikan sama. Mungkin waktu tu aku perlukan belanja wang sekolah, jadi dia akan berikan belanja untuk aku.



Begitu jugalah Allah. Mungkin dia kurangkan sesuatu pada kita, tapi dia lebihkan yang lain. Semua orang sudah Allah berikan seadilnya. Tinggal untuk mensyukurinya saja.



 Mungkin kita lihat seseorang itu cukup segalanya. PERFECT. Ada harta, rupa, reputasi... tapi mungkin Allah uji dia dengan masalah keluarga. Itu hakikat hidup. Kita bukan dilahirkan di dunia ini untuk mencukupkan kesemua keperluan dunia. Carilah mana-mana pun, takkan pernah cukup apa yang kita ada. Ada lebih baik kalau kita usaha untuk cukupkan keperluan akhirat, agar nanti tak teraba-raba ketika disoal malaikat dalam kubur.


Siapalah kita nak demand lebih-lebih. Sedangkan nabi hidup serba kekurangan apatah kita hamba biasa yang sentiasa berdosa. Kalau nak dihitung amalan-amalan yang kita lakukan, tak menyamai walau sedikitpun dengan dua pasang mata dan nikmat melihat yang Allah berikan. 


Tu baru nikmat melihat. Allah beri lagi nikmat termahal iaitu nikmat Iman dan Islam. Bukan semua orang Allah beri iman macam apa yang kita ada sekarang ni. Untungnya kita kan.... Jadi keadilan yang macam mana lagi nak kita tuntut dari Allah??



Friday, February 10, 2012

Winter Breakk...


Eiffle tower - not a dream anymore

SELESAi..!

Habis duit. Habis cuti. Habis semua.

Alhamdulillah kalau dulu Allah beri peluang beribadat di bawah teduhan kaabahNya, kali Allah hantar pula ke ceruk yang lain, bagi merasai bagaimana rasanya beribadat di celah-celah lorong, bawah-bawah jambatan, tepi-tepi jalan... ya semuanya telah aku rasai. 2 minggu lamanya telinga aku sunyi dari laungan azan. Bila disana, barulah aku rasakan nikmatnya bersujud di masjid yang panas dan selesa. Mungkin di sini kurangnya bangunan-bangunan yang cantik, kereta pula buruk-buruk, ditambah pula dengan perangai arab yang serba selekeh...tapi di sini aku mudah untuk beribadah. Cukuplah itu.


biasala..first time main salji

Berjalan pula di tengah-tengah kota London, lain benar rasanya. Masing-masing dengan headphone 
“DR. DRE” yang menutupi keseluruhan telinga. 
Tangan pula kemas  menggenggam iphone 4s, sambil melangkah laju ke destinasi masing-masing. Berbeza dari apa yang aku lihat di Malaysia mahupun di Mesir. Di sana mereka tidak punya banyak masa. Kalau waktu itu untuk mereka bekerja, sepenuhnya akan mereka gunakan untuk bekerja. Masa berjalan yang sekejap itulah mereka gunakan untuk makan dan membaca.  Disiplin benar mereka dengan waktu. Padahal mereka tidak punya surah Al-Asr untuk ingatkan tentang ruginya orang yang suka membuang masa.

best experience ever... live match at old Trafford
Bila ingin melintas pula, tak perlu aku berkejar dan menyelit di celah-celah kereta yang langsung tak mahu berhenti. Budaya mereka, hormat pejalan kaki. Bila-bila masa sahaja ada yang ingin melintas atau lampu isyarat bertukar menjadi merah, terus mereka berhenti. Kagum aku. Bezanya dengan apa yang ada di Mesir. Yang mana hampir kesemuanya Islam. Yang selalu dibacakan hadis supaya menghormati yang lain, adab yang berkenderaan dengan yang berjalan kaki, semuanya Rasulullah ajarkan. Tapi kenapa agaknya susah benar untuk kita ikuti.

in front of colosseum
Ya itulah barat. Tak kiralah kota London, Paris, Florence, Venice mahupun Rome.  Mereka punya sistem sangat kemas. Mungkin ini sebabnya mereka manjadi kiblat kemajuan dunia. Memang mereka tidak punya agama. Memang gaya hidup mereka bebas. Masalah sosial melambak. Arak minuman harian mereka, seks satu keperluan. Tapi kenapa mesti kita pandang yang buruk. Cuba toleh ke sebelah yang satu lagi, pandang nilai yang mereka ada. Kalau kita terus melihat mereka dari sudut negatif, pasti dan pasti satu habuk pun tak kan kita pelajari. Alangkah indahnya jika kita, seorang muslim dapat mengecap kemajuan sepertimana yang sedang dinikmati barat sekarang. Semestinya Islam akan lebih dipandang tinggi. Umat Islam bukan umat yang diajar untuk beribadah semata-mata. Tapi Allah suruh kita berusaha, kejar kemajuan... kejar kesenangan. Tapi dalam mengejar dunia, jangan ketepikan akhirat. Betolkan macam ni? Hasilnya lahirlah umat seimbang yang sempurna duniawi dan ukhrawi seperti yang selalu kita pinta saban hari.

                           رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيالآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 






venice.. 
pisa tower italy



Heathrow airport, London - on arrival
Disneyland... jadi kecik sebentar



skating??
dapat pijak snow..yeayy!!
p/s : ramai yang bertanya, apa yang aku dapat sepanjang 2 minggu di negara orang. Maaf tak banyak yang dapat dikongsi. Tapi yang pasti, aku belajar sesuatu darinya..alhamdulillah, =)

Wednesday, January 4, 2012

apa yang mereka tahu?

bismillah...

Di rumah ada sekor kucing. Nak kata comel, x laa sangat... tp ok laa, berbaloi laa dgn harganya..
Pagi-pagi bila bangun subuh, nampak laa dia tercongok depan pintu, minta makanan..
bila tengah study dtg lagi dia mintak makanan. Oww time lapar reti pulak cari aku. kalau kenyang, tak pernah tegur pun aku.. macam tu la kan binatang, hidup atas ehsan manusia. Apa yang diberi, itu la jadi santapan...

DAN kadang-kadang hatiku terdetik, apakah makhluk kecil ini tahu tentang kehidupan. Fahamkah mereka akan apa yang aku katakan. ATAU adakah mereka hanya makhluk tak berakal yang tidak mengerti apapun tantang aturan dunia?



Ternyata Al Quran ada jawapannya...

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.                                                                                        Surah an-Nur : 41

Dan bagi makhluk Allah yang lain.. Mereka bahkan lebih faham..



Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya
                                                                                                                              Surah sad : 18-19


Jadi mereka itu semuanya mengerti. Kucing comel itu, rumput-rumput hijau, ikan-ikan bilis, anak-anak gajah, kupu-kupu kerdil.... Semuanya mengerti. Semuanya faham,



Maka, siapa yang tidak faham siapa sebenarnya??

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.




sungguh, mereka binatang. Mereka tak reti bercakap, tiada pulak berakal. Tapi sedar tau tidak, mereka taat akan tuhan mereka. Hidup mereka sentiasa diisi dengan tasbih memuji yang Esa.

nampak x bezanya mereka dengan kita... manusia berakal yang pandai bercakap, hensem pulak tuu..Sempurna segalanya..NAMUN, sentiasa sahaja kita lupakan siapa pencipta kita. 

Begitulah apa yang Allah ajarkan pada kita makhluknya. Allah tunjukkan kita bagaimana melihat dunia sekeliling, memahami bahawa seluruh alam, tanpa kita sedari sedang bertemasya berzikir dan bertasbih memujinya. Jadi, rugilah kita andai menjadi makhluk yang tersisih. Masih ingkar untuk tunduk pada-NYA. Pasti dan pasti, akan dipinggirkan oleh seluruh alam. Menjadi makhluk yang terhini dan terbuang, walau kita punya akal untuk berfikir....















Friday, December 23, 2011

i am sweet in my way


Hmm.. just sharing a simple video.. which actually made by my friend..
and im juz the one who 'menempek' dalam tuu..
there got some message to be shared, which I think really close to us...
menjadi orang yang sweet dan dilayan dengan sweet... ^.^




Thursday, December 1, 2011

kahwin awal : membongkar sebuah kejumudan


Nah hambekkk... dua bulan menyepi tanpa sebarang berita...
berkulat dah blog ni bila bukak balik.. kalau nak kata busy, x laa busy mana pun...
tapi tuu laa... idea yang ada x dapat dicambahkan dalam penulisan.. =(
hmm tp apa pun, sekadar untuk berkongsi...
satu artikel tentang kahwin awal... ermm copy paste je pun..tp sebuah cambahan fikrah yang aku rasa sangat menarik utk dikongsi..



Sedang di sana banyak solusi yang lain yang mungkin sahaja lebih atau kurang atau sama tepat dengan kempen kahwin awal. Jadi ini sekadar pendapat. Kalau tidak tepat semua, mungkin ada betulnya. Kalau tidak bernas untuk suatu waktu, mungkin bernas untuk suatu waktu yang lain. Tapi kaitkanlah dengan zaman tulisan ini dibuat.
Ya!
Pendapat saya memang relatif,
Tapi kita hidup pada zaman ancaman 1001 seduktif,
maka ia boleh jadi radioaktif.

Orang kata..
"Kahwin awal itu mungkin boleh menjejaskan kecemerlangan pencapaian akademik."

Saya kata..
"Bahkan menegah kahwin awal itu risiko besar menjejaskan kecemerlangan pencapaian akhirat!"

Ganggu belajar?

Daripada nikmat dalam maksiat, lebih baik derita dalam berkat.

Buka mata luas-luas di zaman mana kita hidup sekarang. Bukan zaman Ibnu Abbas dan Saidina Ali. Jiran kita bukan Hasan al-Basri..


Kita hidup di zaman iman senipis kulit bawang. Menakluk wanita bukan dengan iman tapi kuasa pawang. Pengikat cinta bukan akhlak peribadi tapi harta dan wang.

Sudah ada serban yang terlucut gara-gara wanita seksi. Sudah ada makmum yang terlupa rakaat saat mendengar deruman kasut tumit tinggi!


Teknologi tinggi sudah ada semacam pengaruh pada hati nurani. Membuatkan remaja sekarang semakin maju cinta berahi. Mereka bukan golongan dinasti China yang kemaluan kaum lelakinya di'kasi'.


Bukan sedikit remaja yang mencari nikmat nikah di luar nikah. Tersepit antara doktrin tegahan kahwin awal dengan tuntutan ammarah. Antara meraikan orang tua yang bersenjatakan perasaan dengan Tuhan Pencipta Fitrah.


Asalnya merancang cinta sejernih telaga al-Kauthar. Malangnya tersungkur hangus di pintu neraka membakar.


Mungkin pencipta doktrin agak Islamik bila mencadangkan puasa sebagai penunduk nafsu dan alat penyabar menghitung waktu tapi bukankah mereka juga memandang enteng kepada segala gejala sosial yang tak berhala tuju. Agak sukar menjadikan pinggan sebagai perisai peluru berpandu, perut berpuasa tapi mata terus merana memujuk nafsu.


Jadi di mana keseimbangannya ?
Penyelesaian bukan semata-mata pada 'PUASA' tapi pada 'MEMELIHARA KESEIMBANGAN'. Bukankah Islam menyeru kepada wasatiah yang memberikan pegangan kemas kepada kehidupan manusia.

MEMELIHARA KESEIMBANGAN itu lebih berkesan dari PUASA dalam merealisasikan objektif-objektif syariah secara universal.

Kalau mengheret puasa dengan alasan Islam, maka kenapa tidak diheret sekali penghapusan gejala sosial dengan alasan Islam?

Baru adil bukan?

Kita tidak nafikan ada pasangan bercinta yang mengungguli iman sebelum kahwin tapi ia bukan DALIL untuk memperjuangkan doktrin tegahan kahwin awal.

Kalau perkahwinan itu merupakan kaedah profesional dan primer untuk membersihkan akhlak dan susur galur keturunan manusia, jangan sesekali menjadikannya amatur dan sekunder.

Sampai bila kita konon-kononnya nak beri contoh kepada remaja bercinta dengan ayat
motivasi,
"Bukankah ada pasangan yang bercinta dahulu tanpa berkahwin sambil mempertahankan iman?"
Sedangkan sudah ada syariat perkahwinan itu sebagai jalan terbaik!?

Apakah kita dahulu dilahirkan sebagai malaikat?

Kita terus berteori unggul tentang pengurusan mencari duit untuk keselesaan dunia tapi saham akhirat semakin dahaga.

Kita bersungguh-sungguh bagai menatang minyak yang penuh dalam urusan dunia tapi tidak pernah teliti modal akhirat yang semakin kehausan.

MUNGKIN, momokan terbaik ialah teori 'makan pasir kalau kahwin awal'. Akhirnya rezeki itu urusan siapa?

Berkat jugakah rezeki yang banyak ketika tidak berkahwin tapi bersalut maksiat?

Ini bukan soal tawakal tidak bertindak tapi terus berusaha dalam zaman terdesak. Jadi, dari mulut kotor mencaci macam keladak, sebaiknya hulurkan sokongan mental dan material sebagai ganti mencipta pantang larang yang banyak tapi tolongnya tidak.

Bila satu keluasan agama semakin ditutup sempit, pasti akan ada kehancuran dalam kehidupan manusia.

Kita saja yang memandai-mandai mencipta doktrin kahwin awal mengganggu belajar, sedangkan sistem pembelajaran setiap zaman sekadar bernilai sementara dan temporal. Sementara naluri berpasangan itu sudah wujud sejak manusia dijadikan.

Apakah tradisi fitrah zaman-berzaman yang bersifat fundemental dan konsisten dipinggirkan, semata-mata meraikan budaya sementara yang bersifat rapuh dan tentatif?

FIKIRKAN...

Wednesday, September 21, 2011

Hantu bonceng

Bismillah...



thokk..!! thokk..!! yaa fenomena terbaru.. x pernah tengok lagi k?? wahh ruginya...cepat tengok!! x up to date langsung laa korang nii...

biasalah. Bila keluar filem baru yang ada 'tagline' pelik2 ni..suka sangat laa kita nak ikut.. padahal jalan ceritanya hampeh..
Hambar. Bosan. xde mesej...
Dah habis idea ke dorang nii...?? Hinggakan agama pun jadi bahan gelak tawa. Sampai bila la agaknya hantu 'lawak' ni akan terus menghantui dunia perfileman kita. sebab tu laa banyak sangat dah hantu dok ada kt Malaysia nii.

Dengarnya meletup habis kat Malaysia. 8.35 juta kutipannya. Bangga benar tuan pengarahnya.
Jadi aku pun tengok laa.. cess menyakitkan hati je tengok. Mungkin ramai yang kata "Ala, hang ambik mana yang baik dah laa, mana yang buruk tinggalkan".

Amboi sedapnya... Rendahnya sensitiviti agama korang. Kalau korang boleh bertengkar Malaysia pernah dijajah ke tidak, kenapa dalam bab agama ni korang relakan je? kalau korang beriya pertahankan Mat Lela tu pejuang rakyat, kenapa xde sesiapa pun pertahankan kesucian agama bila adegan2 macam ni dipertontonkan. Ceh memualkan. Nak melawak tu x salah, tapi jangan la agama pulak jadi modalnya.

Yang aku x pahamnya, mcam mana laa dorang katakan watak zizan dalam cerita tu boleh berubah jadi baik? Istighfar pun jadi bahan mainan. Yang adik si ustaz tu pun satu.. Ya Allah gelinya aku tengok. Bercakap bab agama pandai, tapi pakainya..masyaAllah boleh tergugat iman. Yang bersekedudukan jantan betina pun boleh berpesan suruh solat lagi tuu... wahh amar makruf sungguh dorang nii.... kalau solat, xdenya nak buat benda-benda macam tu... Macam ni ke sikap orang yang menjaga solat??

hmm untuk yang terakhirnya, jom kita tengok apa kata tuan pengarah..

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak.

Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama.

Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain.


p/s : aku cukup menyampah dengan panggilan 'baby' , 'bucuk' dalam cerita nii... grrr...

Wednesday, September 7, 2011

Kenangan Terindah...

Bismillah...

alhamdulillah...hamba kerdil ini masih diberi peluang untuk terus bernafas, bernafaslah selagi mana kamu mampu, tapi ingat...kamu bukan hidup untuk selamanya...!!

Dan pagi ini aku terus diberi peluang menghirup udara Mesir, lebih nyaman ku kira jika dibandingkan dengan Mekah.. siangnya sekitar 45-50 °c agaknya.. Panas. Memang panas..
tapi apalah kiranya panas itu andai dibandingkan dengan manisnya peluang beribadah di masjidilharam dan masjid Nabawi.

satu hadis yang cukup menarik ;
"Solat di Masjid ku ini 1000 kali ganda lebih baik dari bersolat di masjid lain, kecuali Masjid Haram, kelebihannya sebanyak 100 000 kali ganda"

Dan ditambah lagi dengan peluang menziarahi makam rasulullah yang mana Rasulullah ada bersabda ;
"Barangsiapa yang menziarahi ketika aku meninggal dunia, sama seperti menziarahi aku ketika hidup,"


Masjid Nabawi

Masjidil Haram

Dan banyak lagi kenangan terindah yang berjaya ku pungut semasa menziarahi Mekah dan Madinah.

Indahnya hidup ketika itu, tenang dan bahagia rasanya. Ditambah pula dengan peluang menghabiskan Ramadhan di sana. teringat kembali indahnya lantunan suara Imam Sudais dan Maher ketika mengimamkan terawih. Begitu juga dengan syahdunya esak tangis jemaah ketika mengaminkan doa Sheikh sudais. Hadir bersama peluang mengerjakan umrah dan bertawaf di Baitullah...Subhanallah nikmatnya..

Dan nikmat itu rasanya tidak dapat ku peroleh walau berjuta kuhabiskan untuk bercuti di tempat-tempat mewah. Mungkin ini agaknya rahmat yang Allah limpahkan di bumi gersang Mekah dan Madinah ini...

Kesempatan itu juga diisi dengan ziarah ke pelbagai tempat2 bersejarah di mekah dan Madinah. dan ziarah itu kosong rasanya tanpa pengisian oleh ustaz Alang dan ustaz Arif yang begitu tekun membawa kami menelusuri sejarah sesuatu tempat.
ditambah pula dengan rakan2 ustaz yang lain. Ziarah ini terasa begitu bermakna.


Sedikit pencerahan kata mereka..


Dan ketika sedang asyik melayan kesyahduan takbir di pagi raya, terlihat pula kelibat Asyraf muslim bersama keluarganya. owh nak bernikah rupanya.. Pagi itu, Asyraf muslim selamat diijabkabulkan di hadapan kaabah. Ada la 2 3 orang sahabat yang bertuah dijemput ke majlis perkahwinan mereka. nak diajaknya semua, lari bajet pulak...


Hmm Rasanya tak sempat untuk kuceritakan kesemua catatan perjalanan aku ke sana untuk kali ini. InsyaAllah ada peluang bolehlah aku ceritakan satu persatu tempat yang sempat aku ziarah.Moga2 diberi kekuatan ... InsyaAllah ...

Disaat masih berambut

Teringin jugak nak pakai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...