Wednesday, February 15, 2012

Belajar bersyukur



Bila aku lihat orang punya harta yang banyak, aku berdoa pada Allah untuk turut sama diberikan harta. Bila aku lihat orang pandai menyanyi, aku berdoa pinta suara yang sedap. Bila aku tengok ada sahabat yang pandai bersukan, aku tadah tangan mohon kebolehan seperti itu. Hasilnya aku terus berdoa dan berdoa minta pada Allah. 


Ya betul Allah kata pintalah pada-NYA, nescaya dia akan tunaikan, tapi sebagai manusia kadangkala aku terlupa untuk mensyukuri apa yang telah Allah berikan. Aku terlalu sibuk menghitung nikmat yang Allah beri pada orang lain sehingga aku terlupa, Allah tak pernah lupakan aku. Makan minumku sentiasa cukup bahkan terlebih, tidur malamku sentiasa enak di bawah selimut tebal, wang belanjaku tak pernah putus.



 Tapi aku terlupa semua itu.  Betullah manusia tidak pernah puas walau seluruh dunia ada dalam genggaman. Bila Allah tarik nikmat tu, baru kita mengaduh menyesal.





Aku tak sedar, Allah sudah beri aku lebih dari apa yang aku perlukan. Allah tahu apa yang aku perlu dan apa yang tak. Tapi kerana aku hamba kerdil, aku kadangkala lebih teruk dari anak kecil. Merengek minta semua perkara. Ingat lagi aku sewaktu kecil, kerap aku pertikaikan kedua ibu bapa aku. “ Kenapa asyik adik saja dapat, tak adil laa mama ngan ayah ni”. Kemudian jawab ayah mudah saja. Dia akan beri sama rata kepada anak-anaknya mengikut keperluan. Takkan waktu dia belikan gaun untuk adikku, aku pun turut dibelikan sama. Mungkin waktu tu aku perlukan belanja wang sekolah, jadi dia akan berikan belanja untuk aku.



Begitu jugalah Allah. Mungkin dia kurangkan sesuatu pada kita, tapi dia lebihkan yang lain. Semua orang sudah Allah berikan seadilnya. Tinggal untuk mensyukurinya saja.



 Mungkin kita lihat seseorang itu cukup segalanya. PERFECT. Ada harta, rupa, reputasi... tapi mungkin Allah uji dia dengan masalah keluarga. Itu hakikat hidup. Kita bukan dilahirkan di dunia ini untuk mencukupkan kesemua keperluan dunia. Carilah mana-mana pun, takkan pernah cukup apa yang kita ada. Ada lebih baik kalau kita usaha untuk cukupkan keperluan akhirat, agar nanti tak teraba-raba ketika disoal malaikat dalam kubur.


Siapalah kita nak demand lebih-lebih. Sedangkan nabi hidup serba kekurangan apatah kita hamba biasa yang sentiasa berdosa. Kalau nak dihitung amalan-amalan yang kita lakukan, tak menyamai walau sedikitpun dengan dua pasang mata dan nikmat melihat yang Allah berikan. 


Tu baru nikmat melihat. Allah beri lagi nikmat termahal iaitu nikmat Iman dan Islam. Bukan semua orang Allah beri iman macam apa yang kita ada sekarang ni. Untungnya kita kan.... Jadi keadilan yang macam mana lagi nak kita tuntut dari Allah??



1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...