Friday, March 25, 2011

Jom muhasabah..!!

Bismillah...

19 September 2010 - 25 Mac 2011....

Mengimbau kembali 6 bulan yang lalu,
saat pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi 'revolusi' ini,
terasa segalanya begitu asing bagiku,
Sesuatu yang tidak pernah tergambar di benak fikiranku...
Angin yang menghembus juga, begitu kasar rasanya...
Entahlah... lain benar rasanya disini...
tapi, kelainan itulah yang aku jadikan modal untuk menimba sebanyak mungkin ilmu di bumi anbia' ini...
Kupasakkan sekukuhnya keyakinan dan tekad di hati, agar 6 tahun setengah aku di sini, aku bisa menjadi manusia.
Aku bisa mengenal hakikat penciptaan aku sebagai khalifah di muka bumi ini...
Dan langkah pertama aku mulakan...dengan 1001 keazaman....


dan kini....
6 bulan telah berlalu...
6 bulan!! Bukan tempoh yang pendek, bukan tempoh yang singkat,
namun segalanya berlalu bagai angin pagi yang menderu...
dan kini masanya untuk aku bermuhasabah...
meneliti kembali di manakah janji dan azam yang telah aku bina suatu ketika dahulu..
pabila diteliti kembali hasil yang telah aku perolehi sepanjang 6 bulan di sini...
aku menangis sendirian,
DAN tangisan ini BUKANLAH tangisan sebuah kejayaan,
rasanya 6 bulan telah aku habiskan begitu sahaja,
mungkin aku pada 6 bulan dulu tidak banyak bezanya dengan aku yang sekarang..
dan itulah yang merisaukan aku..
entah ke mana terbangnya semangat aku yang dahulu,
entah ke mana hanyutnya azam yang aku pasakkan..
ia berlalu begitu sahaja. Meninggalkan aku yang masih terkial-kial di sini...

DAN kini tiba masanya...
bukan mereka sahaja yang bisa ber'revolusi'...
bukan mereka saja yang bisa berubah...!!
aku juga tidak harus ketinggalan...

' ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri'....

ingin ku panaskan kembali semangat yang pernah bernyala suatu ketika dahulu,
ingin ku perbaharui kembali niat yang terpasak di dada..
agar masa mendatang terus aku hadapi dengan cemerlang...
akan ku pastikan suatu hari nanti,
pulangnya aku bukan hanya menggengam segulung ijazah kedoktoran...
tetapi bersama-sama selaut ilmu di dada...
ilmu yang bukan hanya menjanjikan kejayaan di dunia...
bahkan juga di akhirat
insyaALLAH...

Monday, March 7, 2011

sesekali mengetuk...

Bismillah....

wahh...3 bulan blog ni menyepi...
entah mengapa, terasa berat sangat tgn ni nak menaip...sepatah pun berhari2 lamanya...

alhamdulillah...sebulan dok kt umah, esok tiba la masa yg dinanti-nantikan (xtually xpn..)
esk insyaAllah tepat 5.30 pg, berangkat la kami sekapal balik k Mesir. apa agknya khabar d sana...rumah yg kutinggalkan tanpa berita, mesti dh depenuhi debu setebal 3 inci...

dan yang pastinya..Mesir yg bakal ku lihat adalah mesir yg berbeza... harapnya Mesir yg baru ini lebih ceria dengan warna-warni kemenangan..dan sesungguhnya, aku amat merindui deru angin shita' (winter) di sana..harapnya syita' kan terus sabar menanti kepulanganku...

dan kali ni,
perpisahan itu kan berlaku lagi...
kepulanganku 3 minggu lalu ternyata menambahkan lgi keceriaan di rumah.. mana taknya,
yang tinggal cuma mak n ayah aku n sorang adik aku je..
adik2 ku yang lain,
merantau jauh ke tempat orang..
hmm terasa indahnya waktu dulu..menghabiskan masa bergaduh n bertengkar dgn adik2...
walau kedengaran agak kasar, tapi ketahuilah..itu yg amat aku rindukan...
walau apa pun, masa berubah, dan segalanya terpaksa berubah tanda patuh kepada masa lalu,
yang tinggal kini hanya kenangan yang tersemat kemas dalam kotak memoriku...

Selamat Tinggal Malaysia..
doakan aku berjaya d tempat orang...=)




Wednesday, December 29, 2010

coretan dari hati...

khas buatmu....2010

2010...
Berdiri di pusaramu, mengingatkan aku bahawa perpisahan ini adalah untuk selamanya. Ikatan yang telah terbina, kini terlerai sampai bila2. Walau sekuat mana aku berusaha, kita tak mungkin akan bersama lagi...

biarlah....

memang takdir telah sedia tertulis, yang bertemu pasti kan berpisah...begitu juga halnya kita,
Alangkah banyaknya yang telah kau anugerahkan sepanjang perkenalan singkat kita 365 hari yang lalu. Banyak riang dan tawa atas kejayaan yang terlakar. begitu juga dengan tangis dan sendu menyoroti perpisahan dan kekecewaan yang berlaku. Segalanya kan pergi, meninggalkanku. Yang tinggal hanya secebis memori sebagai peneman malamku.
Saat pahit manis yang telah kita lakar bersama kan ku simpan kemas dalam kotak memoriku.


2010..
Dalam perkenalan itu dahulu, kau sempat menghadiahkan ku usia tua dan secalit kematangan. Tidak kurang juga parut2 kepayahan dan kejerihan sebagai bekalan untuk aku harungi masa depan yang entah bagaimana likunya. Jika hari ini aku masih terus lalai bergelak tawa dan bersorak sorai, bagaimana pula nasibnya masa depanku? pastinya kelam, menunggu kehancuran.. Ingatlah..'Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung'
Jangan takut untuk memandang masa lalu. Kerana di situ bersemadi kesalahan yang telah dilakukan.

2010...
Dalam mengharungi manisnya detik bersamamu dahulu, banyak dosa yang telah terpalit. Terasa hinanya diri ini pabila menghadap yang Maha Esa. Banyak kelalaian yang sengaja dicipta, dan natijahnya..terasa jauhnya diri dengan tuhan walau segunung peringatan telah dialir. Wahai tuhan, kau sinarilah hati ini dengan pancaran hidayahmu agar hati ini tidak mati dari mengingatiMu.

2010...
Eratnya dakapanmu membuatkan aku sentiasa diawangan. Kau racuni minda dan jiwaku. Kau bius mindaku seolah2 aku kan hidup selamanya sehingga aku lupa. Lupa bahawa aku dicipta semata-mata untuk menjadi hamba pada-Nya. Bersamamu, terasa bahagianya hidup. Akan tetapi aku lupa, hidup ini bakal bertemu dengan noktahnya. Entah siapa pun yang tahu bila janjinya. dan kelupaan inilah yang mendorong aku untuk terus hidup dan hidup tanpa secalit pun rasa bimbang akan hari yang bakal menjemput ku ke alam yang lain.

2010..
Kau juga telah mengajarku akan peritnya sebuah kehidupan. Kau tunjukkan aku, kejayaan semanis madu takkan dicapai tanpa adanya usaha sepahit hempedu. Bekalan ini akan sentiasa aku jamah, agar aku tak mudah menangis andai jatuh tersungkur dan tak mudah rebah andai ditiup badai menggila.


2010..
kukira cukuplah coretan buatmu kali ini. Salam permisi ku pohon kepadamu. Doakan agar aku bisa lebih cekal melangkah di atas pentas kehidupan yang penuh pancaroba ini. Izinkan aku mengatur salam terakhir buatmu. Semoga kau terus bersemadi dengan aman.

Sayup2 kejauhan..kulihat 2011 sedang galak melambai.........





Monday, December 6, 2010

bila nak hijrah nii..??

Sebuah coretan pendek d akhir 1431 hijrah.....



'laa nk masuk awal Muharram dh k?? asal x taw pn...'

haa...antara pertanyaan2 famous n popular ketika menjelangnya 1 hijrah tektiap tahun..
bknnya x taw...tp x pnah ambik tawu...!!

ye la kan...klo tahun baru ni, kita juz nmpk 1 Januari je..sbb mmg lahir2 lg kita dh didoktrinkan dgn kalendar masihi..mn nak layan kalendar hijrah ni...spikan tarikh lahir sendiri pn x tahu bpe hijrah...
kalendar2 yg tergantung kt umah pn, kalendar kuda je...klo tanya hari krismas bila taw laa..
kalau ada yg tahu pn adalah sebab cuti yg di beri..pastu tggu tahun depan plak, cuti lagi...
hmm sampai ke sudah..cuti ja la dpt...

lalu, MAAL HIJRAH adalah 'nama' atau 'tajuk' yang xde makna untuk di renung, jauh lagi untuk dihayati...-cuma untuk bercuti...

apa sebenaranya hijrah ni??
ada org kata pindah, ada yg kata berubah, yg lagi teruk 2, still kata hijrah ni cuti...
hmm ikut masing2 la nk tafsirkan makna hijrah ni...

Hijrah ni kalau diteliti merupakan TITIK BESAR sejarah ketamadunan islam. cuba kita bayangkan, 1400 tahun dulu, kalaulah x berlaku perpindahan besar Rasulullah k Madinah,
cerita-cerita lepasnya mesti berbeza. kalau xde usaha n ikhtiar Rasulullah melaksanakan perintah hijrah 2, cerita-cerita lpasnya mgkin x kan bermula dan sejarah pastinya tiada..
ringkasnya ISLAM hari ini TIDAK TERCORAK sebegini..


Dan apa kesannya ini kepada kita??

Maka...tiada la kita.. Kalau ada pun, semestinya kita adalah kita yang berbeza...
Yela, kalau xde permulaannya, mn nak dpt pengakhirannya...!!

OK..klau kita pikirkan balek,
kalau xde hijrah..xde la KALENDAR hijrah spt yg kita tgk hari ni...
dan secara tidak langsung..sejarah Islam tinggal sejarah jela...
Tiadalah penanda masa yg nak gtaw sejarah2 dulu..

bila puasanya, bila rayanya, bila isra' mikraj, bila Rasul lahir, bila nak bayar zakat, bila nk berhaji dan mcm2 lagi laa..

Senang ceritanya..HIJRAH ni mmg sgt penting...
bukan hanya untuk kita melihat sejarah lampau...tetapi untuk dijadikan PEDOMAN n PANDUAN utk kita arini..

Jadinya, klo kalendar hijrah adalah berdasarkan peristiwa hijrah RASUL, yg mn baginda melaksanakannya tanpa sebarang bantahan, kenapa tidak INTI MAAL HIJRAH kita ambil sebagai satu PERINTAH dan ARAHAN Allah juga...sebab rasionalnya Allah memerintahkan hijrah ni adalah utk menghasilkan sebuah titik perubahan yg terbaik untuk kita..

so, hijrah ni boleh la kita ktakan perpindahan dr satu kedudukan yg x baik kpada kedudukan yg lebih baik!!
dr x pndai mengaji kpada pndai mngaji, dr solat sniri2 kpada solat berjemaah kt masjid, dr lyn fb berjam2 kpada layan buku berjam2..insyaALLAH..

Satu Muharram bakal menjelang, jd buat yg terlupa..igt2kan lah, buat yg terlalai, hadiahkan mereka dgn peringatan2...
Biar meriah sikit HIJRAH tahun ni...
Harapnya hijrah kita yg kecil tahun ni, diganti Allah dgn keredhaan-Nya yg terbesar...
AMIN,,,,


Thursday, November 25, 2010

moving one step forward...=)


haha...
just find a great way to fill my leisure...
soya....!!

Monday, November 15, 2010

selangkah perjalanan selaut pengalaman...



Hmm btol la org dulu-dulu kata kan...jauh perjalanan luas pmandangan....
walaupun pjalanan aku kli ni xde la jauh mn...tp rsenye byk membuka mata aku akan erti sebuah kehidupan..cewah...
ok...jom kite mengembara ke bumi Iskandariah...

perjalanan bermula pd pkul 1 ptg 13 nov 2010



singgah sebentar menikmati aruz bi rubu' firakh (nasi ngn suku aym)..haa knyang2...
sebenarnya cara makan kaum2 arab ni sungguh mudah..restoran dorang x perlu sediakan air jus atau
sirap sbb...org sini klo kt kedai makan, dorg makan je..
klo nk minum, dorg akn g cri kedai a'sir...
so jgn hairan la klo dorg cme bg air paip free utk minum...



setelah agak lme bjalan..spi la k mahattah kaherah...siyesly, mmg terkejut la ble tgk keadaan kt cni..igt lawa gk la
ala2 kl sentrel or hentian pudu..tp harapanku terus berkecai setibanya ak di sini...
mmg salah aku la sbb x predict the unpredictable...
keadaan kt cni rasanya mmg 50 thn ktinggalan dr Malaysia walaupun ak masih belum melihat dunia 50 thn dulu..
satu yg pasti, masalah sampah kt cni..sebutlah mn sja di Mesir..
rsanya mmg itula keadaannya..skang bru la aku mengerti nape la cgu2 suka sgt sebut sal sampah tiap2
kali perhimpunan..thanks cgu!!=)



klo korang kte ktm 2 x elok la, buruk la, hmm cuba la tgk keretapi kt cni..n keluarkan satu perkataan
utk gambarkannya






..

tp apapun...keadaan d dlm dye boleh la tahan..2 pn ktorg ambil yg second klas...
klo ekonomi klas..ktorg akn berhimpit dgn ayam2 n itik yg turut sama menumpang...




hmm perjalanan k Alexandria mngambiol mse kire2 3 jam gk laa..n sesampainya d sana..
nmpk la Murtadha n beberapa lg budak MARA yg sedia menanti...
alhamdulillah terjamin gak la penginapan aku utk malam2 d alex..=)



ok..aktiviti pertama d alex...
hmm berjalan2 di tepi pantai..tp pantai yg adas kt cni agak kotor laa..
so x leh la nk mandi..juz bergambar je laa..




satu yg menarik kt cni..kt cni ada tram..haa yg ni xde kat bahkan kat Malaysia..
tram ni kre spesis keretapi yg brgerak d celah celah kereta arr..harga cukup murah..
cuma rubu' (25 sen) je..





haa ni la antara pantai tercantik kat alex...tp harga nk msok pn ckup cntik arr..
nk msok k pntai ni sorg kne bayar 12 genih..pergh...klo beli mkn ni, knyang 3 hari gk arr..
tp pape pn..ombak dye mmg terbaik arr...bermeter2 gk laa..bak kata pepatah pantai mn x ditimpa ombak kan...
kbanyakan yg ada kt cni org2 arab je..no mat saleh k..


hmm d sebelah mlmnya...ktorg g k green plaza...
kire mcm shopping mall yg leh wat leisure xtvt...mcm2 gk ad kt cni...
antara yg smpat d cuba....
go kart n paintball..
byk kali gk kne headshot...nseb bek laa ni bkn btol2..
agk2 klo kt tgh medan perang 2...hmm nmpk dh spe nk kne dlu...huhu








alhamdulillah....selesai gak sedikit titipan utk perjalanan kali ini...
Syukur kepada-Nya kerana berpeluang untuk menikmati n menghayati keindahan yg terhampar di bumi-Nya..
InsyaAllah kenangan dan pengajaran yg dipungut di bumi anbia ini.. harapnya sedikit sebanyak dapat melatih insan kerdil ini untuk terus berjuang bagi menegakkan kalimah Lailahaillallah....

Wallahualam


p/s penghargaan buat saudara Murtadha dan RMCians atas kesudian melayan kerenah n kenakalan anak2 kecil dr Cairo ini...=)

Monday, October 18, 2010

Mencipta sebuah kenangan...

Assalamualaikum..
haa.. bpe lme dh x post kt blog nih...
bkn pe..terlalu komited dgn stadi la ktekan..
sbb 2 la facebook sntiasa 'ter'online 24 jam..ish3

sekadar sebuah perkongsian...
Inginku panjatkan seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi..
kerana aku terpilih untuk menjadi tetamu di buminya yg penuh barakah ini...
walaupun agak banyak kekurangan d cni..tp ak akui,bumi anbia ni dah banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan...

antara sebab yg ak rasa beruntung sgt duduk kt cni :

1. Lecture dye mmg pling, sngat n the best arr...
wlaupun d kelas dulu aku mrupakan seorang kaki tidur yg tegar, tp setibanya aku d cni....aku dh menjadi Afiq yg baru...huhu, mana ad tido dlm kelas g dh...dan mmg nampak la keikhlasan n kesungguhan lecture mengajar..klo ada yg x paham..dye mesti cuba utk pahamkan gk walupun wlaupun dgn keterbatasan bahasanya...
kt cni, satu je msalahnya...slang lecturer terlalu ke'arab'an arr...segala perkataan berhuruf p akan berganti la dgn b...
contohnya...
suberior bart of the body...(superior part of the body)
anatomical bosition..(anatomical position)
baramedial blane..(paramedian plane)
bremenstrual bhase...(premenstrual phase)

look...how subbose i understand dis??haa..tp pape pn...ni bknnya satu masalah yg besar n skang tgh membiasakan diri memahamkan slang 2 arr..


2. kat cni byak sgt masjid..
so x jd masalah lngsung klo nk smbahyang, selang satu bangunan jumpa la satu gami'...dan yg pling membanggakan kt cni, bila msok waktu...
.mmg penuh la masjid2 yg ada..msing2 berebut nk sembahyang jemaah..n beza sgt la klo nk compare ngn Malaysia dan masjid2nya...solat subuh kt cni je ak x taw rmai k x...bkn pe, jarang2 g subuh...ish3


3. peluang bersedekah terbuka luas...
kt cni...ckp je nk sedekah pe...smua boleh, kotak kipas lama kt umah aku pun ada org mintak...
tu bru cerita kotak, igt lg waktu aku dan rakan2 berjalan k universiti....tyme 2 ktorg msing2 pakat pgg roti..tgh bersarapan la ktekan...ttibe di serbu la skumpulan kanak2, mintak roti yg ktorg tgh mkan..jd kami dgn hati yg berat pn bg la..bkn pe, lapar oii...huhu,
cuba kita bndingkan dgn keadaan kita kat malaysia yg serba kaya ni...snggup k kita mkan bekas makanan org.?? sdangkan makanan murah yg kita rasa x sedap pn kita buang, apatah lg nak mkan bekas org...kat cni org x kisah, apa yg boleh mkan dorg makan,seb bek la anjing x leh makan..huhu

4. permandangan yg begitu asing..
yeah..ni la yg banyak ak tgk..bpe bnyak keta kt malaysia yg calar2 n kemek2?? haa kt cni smua keta kemek..trend kt cni, klo nk parking jgn tarik handbrake...nnti sng org nk tolak n ubah...so hasilnya...walaupun mercedes, skyline (kt cni byk), n bmw yg baru di beli semalam...keadaannya sama je ngn keta buruk yg tersadai tepi jalan..dorg mmg x pnting kan keadaan luaran keta 2..janji buleh jalan sudah, try klo kt Malaysia, pantang tercalar ckit, mau 2 3 ribu kna bayar...so jgn la cuba2 drive kt cni..nanges lak nnti...lagi satu, klo agk2 x brani naik roller coaster 2, jgn la cuba2 naik teksi kt cni..bkn pa...cara dorg drive mmg cam roller coaster, so tyme tgh dlm teksi 2 ttibe kna langgar dr blakang or trlanggar org dpn...besa la 2...

permainan budak2 kt cni jugak sgt menarik, ckuplah ada 2 org je..byk yg buleh dorg bwat..antaranya bermain debu, tanam diri dlm tanah, main sampah, kacau student Malaysia ( ni tektiap hari kena..haha) n yg paling menarik menunggang anjing...pergh..taw la anjing kt fustat (rumah aku) ni lg byk dr kucing kt Malaysia...tp jgn la sesuka hati menjadikan beliau bahan tunggangan.. kesian lak tgk anjing 2..so anjing2 kt Malaysia, bersyukur la sbb org Malaysia takut anjing...kt cni anjing mmg trauma dgn manusia..kesian2...


so takat ni je la kot...tulih byk2 pn bkn ada org nk baca...nnti la smbung balek...azan asar dah berkumandang...
nak masak g pasni..hee...
salam alaik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...