Wednesday, February 15, 2012
Belajar bersyukur
Friday, February 10, 2012
Winter Breakk...
Eiffle tower - not a dream anymore |
biasala..first time main salji |
best experience ever... live match at old Trafford |
in front of colosseum |
venice.. |
pisa tower italy |
Heathrow airport, London - on arrival |
Disneyland... jadi kecik sebentar |
skating?? |
dapat pijak snow..yeayy!! |
Wednesday, January 4, 2012
apa yang mereka tahu?
Di rumah ada sekor kucing. Nak kata comel, x laa sangat... tp ok laa, berbaloi laa dgn harganya..
Pagi-pagi bila bangun subuh, nampak laa dia tercongok depan pintu, minta makanan..
bila tengah study dtg lagi dia mintak makanan. Oww time lapar reti pulak cari aku. kalau kenyang, tak pernah tegur pun aku.. macam tu la kan binatang, hidup atas ehsan manusia. Apa yang diberi, itu la jadi santapan...
DAN kadang-kadang hatiku terdetik, apakah makhluk kecil ini tahu tentang kehidupan. Fahamkah mereka akan apa yang aku katakan. ATAU adakah mereka hanya makhluk tak berakal yang tidak mengerti apapun tantang aturan dunia?
Ternyata Al Quran ada jawapannya...
Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya
Friday, December 23, 2011
i am sweet in my way
Thursday, December 1, 2011
kahwin awal : membongkar sebuah kejumudan
Sedang di sana banyak solusi yang lain yang mungkin sahaja lebih atau kurang atau sama tepat dengan kempen kahwin awal. Jadi ini sekadar pendapat. Kalau tidak tepat semua, mungkin ada betulnya. Kalau tidak bernas untuk suatu waktu, mungkin bernas untuk suatu waktu yang lain. Tapi kaitkanlah dengan zaman tulisan ini dibuat.
Ya!
Pendapat saya memang relatif,
Tapi kita hidup pada zaman ancaman 1001 seduktif,
maka ia boleh jadi radioaktif.
Orang kata..
Saya kata..
Ganggu belajar?
Daripada nikmat dalam maksiat, lebih baik derita dalam berkat.
Buka mata luas-luas di zaman mana kita hidup sekarang. Bukan zaman Ibnu Abbas dan Saidina Ali. Jiran kita bukan Hasan al-Basri..
Kita hidup di zaman iman senipis kulit bawang. Menakluk wanita bukan dengan iman tapi kuasa pawang. Pengikat cinta bukan akhlak peribadi tapi harta dan wang.
Teknologi tinggi sudah ada semacam pengaruh pada hati nurani. Membuatkan remaja sekarang semakin maju cinta berahi. Mereka bukan golongan dinasti China yang kemaluan kaum lelakinya di'kasi'.
Bukan sedikit remaja yang mencari nikmat nikah di luar nikah. Tersepit antara doktrin tegahan kahwin awal dengan tuntutan ammarah. Antara meraikan orang tua yang bersenjatakan perasaan dengan Tuhan Pencipta Fitrah.
Asalnya merancang cinta sejernih telaga al-Kauthar. Malangnya tersungkur hangus di pintu neraka membakar.
Jadi di mana keseimbangannya ?
MEMELIHARA KESEIMBANGAN itu lebih berkesan dari PUASA dalam merealisasikan objektif-objektif syariah secara universal.
Kalau mengheret puasa dengan alasan Islam, maka kenapa tidak diheret sekali penghapusan gejala sosial dengan alasan Islam?
Baru adil bukan?
Kita tidak nafikan ada pasangan bercinta yang mengungguli iman sebelum kahwin tapi ia bukan DALIL untuk memperjuangkan doktrin tegahan kahwin awal.
Kalau perkahwinan itu merupakan kaedah profesional dan primer untuk membersihkan akhlak dan susur galur keturunan manusia, jangan sesekali menjadikannya amatur dan sekunder.
Sampai bila kita konon-kononnya nak beri contoh kepada remaja bercinta dengan ayat motivasi,
Apakah kita dahulu dilahirkan sebagai malaikat?
Kita terus berteori unggul tentang pengurusan mencari duit untuk keselesaan dunia tapi saham akhirat semakin dahaga.
Kita bersungguh-sungguh bagai menatang minyak yang penuh dalam urusan dunia tapi tidak pernah teliti modal akhirat yang semakin kehausan.
MUNGKIN, momokan terbaik ialah teori 'makan pasir kalau kahwin awal'. Akhirnya rezeki itu urusan siapa?
Berkat jugakah rezeki yang banyak ketika tidak berkahwin tapi bersalut maksiat?
Ini bukan soal tawakal tidak bertindak tapi terus berusaha dalam zaman terdesak. Jadi, dari mulut kotor mencaci macam keladak, sebaiknya hulurkan sokongan mental dan material sebagai ganti mencipta pantang larang yang banyak tapi tolongnya tidak.
Kita saja yang memandai-mandai mencipta doktrin kahwin awal mengganggu belajar, sedangkan sistem pembelajaran setiap zaman sekadar bernilai sementara dan temporal. Sementara naluri berpasangan itu sudah wujud sejak manusia dijadikan.
Apakah tradisi fitrah zaman-berzaman yang bersifat fundemental dan konsisten dipinggirkan, semata-mata meraikan budaya sementara yang bersifat rapuh dan tentatif?
FIKIRKAN...
Wednesday, September 21, 2011
Hantu bonceng
thokk..!! thokk..!! yaa fenomena terbaru.. x pernah tengok lagi k?? wahh ruginya...cepat tengok!! x up to date langsung laa korang nii...
Dah habis idea ke dorang nii...?? Hinggakan agama pun jadi bahan gelak tawa. Sampai bila la agaknya hantu 'lawak' ni akan terus menghantui dunia perfileman kita. sebab tu laa banyak sangat dah hantu dok ada kt Malaysia nii.
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak.
Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama.
Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain.
p/s : aku cukup menyampah dengan panggilan 'baby' , 'bucuk' dalam cerita nii... grrr...