Monday, August 30, 2010

KeNaPa Aku ke SyUrgA??

Usai membaca surah Yasin, hatiku terpanggil untuk menyelak kembali pertengahan surah ini yg mana menempatkan sebuah ayat. Ayat yg cukup pendek,tp menarik sekali untuk diteliti. ayat ke-58 surah yasin berbunyi :

yang bermaksud : ucapan salam dr tuhan yg Maha Penyayang

Seimbas pandang, ayat ini mungkin sama seperti ayat2 yg yg lainnya. Tp jika diperhalusi, ada sesuatu yang tersirat disebaliknya. Mengenai penggunaaan perkataan ar-Rahim. Satu persoalan ingin ditimbulkan, mengapa mesti ar-Rahim?? Allah kan ada 98 nama yg lain tp sbb apa ar-Rahim yg dipilih?? sebab apa tak ar-Rahman?? al-Ghafur?? dan lain2...
Pada ayat2 yg sebelumnya, Allah menceritakan ttg keindahan syurga dan nikmat2 yg tersedia di jannah Allah. Dan kemudian ucapan salam dari tuhan yang maha Penyayang.

ok xpe, kita tinggalkan skejap psoalan 2, ayuh kita lihat satu lagi persoalan, Sebab apa seseorang itu masuk syurga?? adakah sebab amalan yg dibuat? atau ikhlasnya dia beribadah kepada Allah??

Jawapan untuk kedua2 persoalan di atas ialah, seseorang itu masuk ke syurga disebabkan oleh sifat ar-Rahim Allah yakni kerana penyayangnya Allah bukanlah sebab banyaknya ibadah yang dibuat. Sebab itu di dalam ayat ke 58 tersebut Allah menggunakan perkataan ar-Rahim dan bukan yang lain2..Jika kita mengatakan bahawa amalan yang kita buat sudah cukup untuk membolehkan kita ke syurga,apakah amalan tersebut mampu membayar nikmat2 yang Allah berikan kepada kita??

Oleh itu, kesimpulan ringkasnya, hidup kita di dunia ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan dan kasih sayang Allah. Dan pencarian ini dapat diterjemahkan melalui ibadah dan amalan kita yg ikhlas semata-mata kerana Allah. Ada orang yg beribadah 60 tahun di dunia tp di akhirAt kelak dia disumbat ke neraka. Ada juga muallaf yang baru sehari beribadah tp ketika di akhirat dia dihantar ke jannah ALlah. Jadi ukurannya di sini, bukanlah sekuat mana kita beribdah atau sebanyak mana solat malam yang kita lakukan, tetapi sejauh mana Allah sayangkan kita untuk kita mendapat tempat di jannah-Nya..
wallahualam...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...