Bila aku lihat
orang punya harta yang banyak, aku berdoa pada Allah untuk turut sama diberikan
harta. Bila aku lihat orang pandai menyanyi, aku berdoa pinta suara yang sedap.
Bila aku tengok ada sahabat yang pandai bersukan, aku tadah tangan mohon
kebolehan seperti itu. Hasilnya aku terus berdoa dan berdoa minta pada Allah.
Ya betul Allah kata pintalah pada-NYA, nescaya dia akan tunaikan, tapi sebagai
manusia kadangkala aku terlupa untuk mensyukuri apa yang telah Allah berikan.
Aku terlalu sibuk menghitung nikmat yang Allah beri pada orang lain sehingga
aku terlupa, Allah tak pernah lupakan aku. Makan minumku sentiasa cukup bahkan
terlebih, tidur malamku sentiasa enak di bawah selimut tebal, wang belanjaku
tak pernah putus.
Tapi aku terlupa semua itu. Betullah manusia tidak pernah puas walau
seluruh dunia ada dalam genggaman. Bila Allah tarik nikmat tu, baru kita
mengaduh menyesal.
Aku tak sedar, Allah sudah beri
aku lebih dari apa yang aku perlukan. Allah tahu apa yang aku perlu dan apa
yang tak. Tapi kerana aku hamba kerdil, aku kadangkala lebih teruk dari anak
kecil. Merengek minta semua perkara. Ingat lagi aku sewaktu kecil, kerap aku
pertikaikan kedua ibu bapa aku. “ Kenapa asyik adik saja dapat, tak adil laa
mama ngan ayah ni”. Kemudian jawab ayah mudah saja. Dia akan beri sama rata
kepada anak-anaknya mengikut keperluan. Takkan waktu dia belikan gaun untuk
adikku, aku pun turut dibelikan sama. Mungkin waktu tu aku perlukan belanja
wang sekolah, jadi dia akan berikan belanja untuk aku.
Begitu jugalah
Allah. Mungkin dia kurangkan sesuatu pada kita, tapi dia lebihkan yang lain.
Semua orang sudah Allah berikan seadilnya. Tinggal untuk mensyukurinya saja.
Mungkin kita lihat seseorang itu cukup segalanya. PERFECT. Ada harta, rupa,
reputasi... tapi mungkin Allah uji dia dengan masalah keluarga. Itu hakikat
hidup. Kita bukan dilahirkan di dunia ini untuk mencukupkan kesemua keperluan
dunia. Carilah mana-mana pun, takkan pernah cukup apa yang kita ada. Ada lebih
baik kalau kita usaha untuk cukupkan keperluan akhirat, agar nanti tak
teraba-raba ketika disoal malaikat dalam kubur.
Siapalah kita
nak demand lebih-lebih. Sedangkan nabi hidup serba kekurangan apatah kita hamba
biasa yang sentiasa berdosa. Kalau nak dihitung amalan-amalan yang kita
lakukan, tak menyamai walau sedikitpun dengan dua pasang mata dan nikmat
melihat yang Allah berikan.
Tu baru nikmat melihat. Allah beri lagi nikmat
termahal iaitu nikmat Iman dan Islam. Bukan semua orang Allah beri iman macam
apa yang kita ada sekarang ni. Untungnya kita kan.... Jadi keadilan yang macam
mana lagi nak kita tuntut dari Allah??