Wednesday, September 21, 2011

Hantu bonceng

Bismillah...



thokk..!! thokk..!! yaa fenomena terbaru.. x pernah tengok lagi k?? wahh ruginya...cepat tengok!! x up to date langsung laa korang nii...

biasalah. Bila keluar filem baru yang ada 'tagline' pelik2 ni..suka sangat laa kita nak ikut.. padahal jalan ceritanya hampeh..
Hambar. Bosan. xde mesej...
Dah habis idea ke dorang nii...?? Hinggakan agama pun jadi bahan gelak tawa. Sampai bila la agaknya hantu 'lawak' ni akan terus menghantui dunia perfileman kita. sebab tu laa banyak sangat dah hantu dok ada kt Malaysia nii.

Dengarnya meletup habis kat Malaysia. 8.35 juta kutipannya. Bangga benar tuan pengarahnya.
Jadi aku pun tengok laa.. cess menyakitkan hati je tengok. Mungkin ramai yang kata "Ala, hang ambik mana yang baik dah laa, mana yang buruk tinggalkan".

Amboi sedapnya... Rendahnya sensitiviti agama korang. Kalau korang boleh bertengkar Malaysia pernah dijajah ke tidak, kenapa dalam bab agama ni korang relakan je? kalau korang beriya pertahankan Mat Lela tu pejuang rakyat, kenapa xde sesiapa pun pertahankan kesucian agama bila adegan2 macam ni dipertontonkan. Ceh memualkan. Nak melawak tu x salah, tapi jangan la agama pulak jadi modalnya.

Yang aku x pahamnya, mcam mana laa dorang katakan watak zizan dalam cerita tu boleh berubah jadi baik? Istighfar pun jadi bahan mainan. Yang adik si ustaz tu pun satu.. Ya Allah gelinya aku tengok. Bercakap bab agama pandai, tapi pakainya..masyaAllah boleh tergugat iman. Yang bersekedudukan jantan betina pun boleh berpesan suruh solat lagi tuu... wahh amar makruf sungguh dorang nii.... kalau solat, xdenya nak buat benda-benda macam tu... Macam ni ke sikap orang yang menjaga solat??

hmm untuk yang terakhirnya, jom kita tengok apa kata tuan pengarah..

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak.

Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama.

Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain.


p/s : aku cukup menyampah dengan panggilan 'baby' , 'bucuk' dalam cerita nii... grrr...

3 comments:

  1. pengisian yang sungguh bermakna
    mohon share~

    ReplyDelete
  2. ya,kadang2 bahan agama jadi bahan lawak untuk mereka.
    mereka sengaja atau tidak sengaja?hanya Allah yang tau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...